Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Friday 24 May 2013

Pusan Konservasi & Penerangan Penyu, Dungun

Salah satu tempat menarik yang boleh korang datang jika ke Rantau Abang ni ialah ke Pusat penerangan penyu ni. Malah pelbagai maklumat berguna dan isu-isu berkaitan penyu dipaparkan di sini. Tapi maaf la FF pun tak dapat masuk la...hihihihi..sebab kebetulan datang masa bukan waktu operasi jadi dapat ambik gambar kat luar je la..... Tapi berdasarkan maklumat untuk masuk ke sini adalah percuma.. insyaallah jika berkesempatan FF akan datang lagi dan pasti akan masuk ke sini...nanti FF post gambar terbaru kat dalam tu ye.....tapi jika korang berkesempatan cuba-cuba la singgah dan masuk kat dalam tu ye....

Papan tanda yang terletak di tepi jalan

Pintu masuk

Replika penyu di pagar

Penunjuk arah di hadapan pintu masuk pusat ini

Landskap berbentuk penyu

Telur penyu yang di ram di dalam sangkar. Tutung pun ada kat sebelah tu... dalam kolam


Taman Rekreasi Rhu Madu, Merchang, Marang

Salah satu taman rekreasi yang biasa dikunjungi bagi mereka yang melalui jalan Kuala Terengganu-Kuantan. Taman rekreasi yang terletak bertentangan dengan hutan lipur Jambu Bongkok ini merupakan salah satu hentian bagi mereka untuk berehat selepas penat memandu. Kawasan ini menjanjikan panorama yang unik dan cantik kerana terdapat kawasan paya air tawar berhampiran. Taman ini delengkapi dengan kemudahan tandas, gerai makan dan wakaf untuk kemudahan orang ramai.


A








Thursday 23 May 2013

Pulau Kapas, Marang

Ermmm..... Ramai la pulak nak tahu pasal Pulau Kapas.. FF keberatan nak share gambar sebenarnya memandangkan belum cukup yang sesuai, banyak gambar lebih kepada peribadi. Walaupun Pulau Kapas ni dah 5,6 kali FF pergi tapi belum berkesempatan ambik gambar pemandangan kat sini. Sebab utamanya jarak yang agak luas, ditambah faktor cuaca yang panas. Faktor yang penting sekali maklum la bawa budak, budak-budak ni kalo dah jumpa air memang dah tak nak jalan-jalan keliling pulau, habis takkan la nak tinggalkan dia orang sendiri, bahaya.....lagipun bila dah datang ke pulau pasti sibuk dengan aktiviti laut. Takpe la sementara ni FF kongsi-kongsi dulu tentang gambar yang ada ni ye.

Pada FF jika budget yang kurang tapi datang beramai, Pulau Kapas mungkin sesuai kerana kadar tambang untuk ke sini dalam RM30-RM45 seorang untuk dua hala(dewasa). Malah chalet kat sini yang murah dalam RM40 pun dah boleh dapat. Tapi pada FF kalo nak selesa ambik yang sewa RM80 laa....Jika ambik pakej lagi la murah, tapi ramai yang lebih suka sewa chalet dan bawa bekalan makanan sendiri. Banyak juga la aktiviti yang boleh dibuat seperti snorkeling, kayak, keliling pulau, candat, memancing, mendaki bukit dan sebagainya la berkaitan laut. Untuk ke sini kalo naik bot laju dalam 15 minit tu dah boleh sampai, kalo feri dalam 30 minit la. Kalo nak datang beli tiket walk in takde masalah sangat la cuma kalo nak tempah chalet tu kena awal-awal la lagi-lagi kalo musim cuti sekolah. Satu lagi ada sesetengah chalet ni kena tempah kat jeti tu, ada yang boleh tempah kat Pulau je. so pandai-pandai korang la nanti.

Pulau Kapas ni terletak di daerah Marang. Kalo nak datang sini kena la naik ikut jeti kat bandar Marang. Kalo nak tahu bandar tu tengok replika udang dan sotong tu.....Kalo dari Kemaman-Kuala Terengganu tu, bila dah nampak replika ni..nanti masa berenti kat trafic light, belok ke kanan... nampak Masjid Marang tu. Nanti jumpa dengan pasar dan belok ke kanan...dalam 100meter terus aje nanti nampak la jeti tu.... okey.... Selamat melancong ke Pulau Kapas yee.....Kalo nak tahu pasal chalet kat Pulau Kapas tu klik sini

Replika laut di bandar Marang

Jeti Marang

Bot ke Pulau

Jeti Pulau Kapas

Aktiviti kayak

Siap sedia untuk snorkeling

Snorkeling tengah laut, kalo tak berani boleh je snorkeling tepi laut tapi tak mencabar la sebab nampak pasir je..hihihi



Senja di Pulau Kapas

Chalet

Dah nak balik,duk di chalet Makcik Gemuk


Pantai Jambu Bongkok, marang

Pantai Jambu Bongkok terletak di Kampung Jambu Bongkok, di daerah Marang....Kalo dari Kemaman ke Kuala Terengganu, selepas daerah Dungun dan memasuki daerah Marang tu akan terjumpa Kampung ni. Tiada papan tanda ke pantai ini cuma bila dah sampai ke Kampung Jambu Bongkok tu pandai-pandai la cari pantai...insyaallah jumpa la sebab tak de la jauh sgt dengan jalan utama...tapi kena la masuk ke jalan dan perkampungan sikit. Kampungnya pun cantik dengan pepohon kelapa dan jangan korang tak tau kampung dan kawasan persekitarannya acap kali menjadi lokasi pengambaraan drama mahupun filem...memang cantik

Bot lama yang mencantikkan lagi suasana

Pepohon kelapa yang memang banyak


Memang trademark pantai ni, sape-sape mesti datang sini ambik gambar bot ni




Perkampungan yang cantik






Wednesday 22 May 2013

Taman Lebah, Marang

Taman Lebah Enterprise terletak di Kampung Jambu Bongkok, Marang. Terletak di jalan utama Dungun-Kuala Terengganu. Lebah di sini dipelihara secara semulajadi. Baka lebah yang dipelihara berasal dari Itali dan dibiakkan di Melaka sebelum dihantar ke taman ini. Cuma FF dimaklumkan lebah di sini semakin berkurangan  kerana mati lemas akibat asap kebakaran berhampiran.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat lebah yang diternak di sini malah dapat membeli pelbagai produk berasaskan madu lebah yang bermacam-macam jenis. Madu lebah asli sejenis minuman kesihatan yang menakjubkan sehingga digelar "jus ajaib" atau "jus misteri" kerana kandungan vitaminnya yang luar biasa sehingga mampu mengatasi masalah resdong, darah tinggi, kencing manis, lelah, semput-semput, lemah jantung, sengal-sengal sendi dan beberapa penyakit lain.

Di taman ini pengunjung juga boleh mendapatkan royal jelly (susu lebah) yang mempunyai tindakan antibakteria dan antivirus, menyembuh luka-luka di bahagian dalam badan dalam masa yang singkat dan berkesan untuk awet muda. Taman ini juga menghasilkan propolis iaitu bahan antibiotik asli yang dipungut oleh lebah daripada kelopak bunga, bunga dan pokok. Ia terbukti secara saintifik dapat menghalang jangkitan kuman pada sistem saluran pernafasan, menguatkan daya tahan badan tanpa apa-apa kesan sampingan dan juga boleh menyembuhkan luka, kurap atau gatal-gatal pada badan. Taman berkenaan menghasilkan propolis untuk beraneka kegunaan seperti balm untuk disapu pada badan, propolis madu dan propolis bahan. Jadi kepada yang melalui jalan ni jangan lupa untuk singgah sebentar melihat produk yang dijual disini.

Papan tanda



Add caption

Antara sarang lebah yang terdapat di sini

Produk-produk yang berasaskan madu lebah yang dijual di sini

 

 

 


Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Tasik Kenyir yang dibina pada tahun 1988 ini terletak di Kuala Berang..bahagian hulu  Sungai Kenyir, Terengganu. Tasik Kenyir menjadi tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Keluasan tasik ini dalam 2,600 km persegi dan mengandungi 340 buah pulau kecil. Kebanyakan pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan kepunyaan hakmilik Kerajaan sepenuhnya termasuk dibina pejabat urusan bagi kajian penyelidikan. Sesetengah pulau juga dijadikan pusat perlancongan dan dibuka untuk orang ramai seperti Pulau Herba yang merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun ini terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga merupakan tarikan utama perlancongan. Tapi Tasik Kenyir semestinya lubuk bagi kaki pancing. Selain daripada itu, terdapat perkhidmatan  mandi dengan ikan kelah dan melawat gua-gua.

Bagi yang berminat untuk menaiki bot megelilingi tasik disini, terdapat beberapa pakej yang disediakan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Bagi yang berminat untuk menyewa bot atau bermalam rumah bot juga disediakan dengan kadar pakej untuk seorang paling rendah RM150 camtu. Kalo berminat search je google kerana sebenarnya terlalu banyak syarikat pelancongan yang menawarkan perkhidmatan ni. 


Permandangan Tasik Kenyir

Rumah bot yang disediakan untuk disewa



Tengah tasik

Pusat penyelidikan di pulau..

Sungai Lasir




Taman Herba