Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Friday 21 June 2013

Keropok Lekor, Losong, Kuala Terengganu

Terengganu sememangnya terkenal dengan makanan berasaskan ikan dan makanan yang paling popular tentulah keropok lekor. Jika sebut keropok lekor pastilah nama lokasinya Losong juga turut disebut, ini kerana lokasi tempat ini yang sememangnya popular sebagai syurga keropok dan disepanjang jalan Losong memang banyak warung menjual keropok..Keropok diperbuat daripada campuran ikan dan sagu yang diadun panjang seperti sosej, ia boleh dimakan sama ada digoreng atau direbus. Selain itu terdapat keropok keping, keropok berlada, bersira dan sebagainya lagi. Apa yang membezakan keropok Losong dengan keropok di tempat lain ialah keropoknya lebih halus dan lebih lembut. Untuk datang ke sini jika dari arah bandar Kuala Terengganu cuma dalam 2 km sahaja atau lebih kurang 10 minit pemanduan.


Keropok goreng

Keropok rebus

Kampung Losong

Keropok yang siap dibungkus

Antara warung-warung keropok di sepanjang jalan Kampung Losong

dan lagi

lagi

lagi



Wednesday 19 June 2013

Karnival Oh Yeah! Bank Muamalat, Kuala Terengganu

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas(14 & 15 Jun 2013) telah berlangsung Karnival Oh yeah anjuran Bank Muamalat. Karnival ini dibuat di tapak letak kereta bersebelahan Kompleks Stadium Sultan Mizan, Gong Badak. Pelbagai acara dan jualan  serta aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan termasuklah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, ujibakat pengacara dan pembaca berita untuk TV al Hijrah, Painball, Drift kereta dan banyak lagilah. Pendek kata tak rugi jika datang ke sini kerana korang dapat menyertai banyak permainan dengan percuma atau kadar yang rendah untuk sesuatu permainan siap dapat cenderamata lagi... huh... Malah FF pun dapat bawa balik banyak cenderamata seperti T-shirt, Mug, Gelas, Topi, Pen hanya dengan menyertai acara-acara. Percuma, hadiah pun dapat, takkan tak nak kot!

Bagi yang tidak sempat untuk datang ke sini atau berhajat bolehlah sertai karnival ini yang akan diadakan sehingga Mac tahun hadapan di seluruh negara. Selepas ini, negeri terdekat adalah Kota Bharu, Kelantan. Jadi warga Kelantan jangan lepaskan peluang ini ye...Tungguuu

Pentas utama

Permainan untuk kanak-kanak

Antara gerai jualan



Badut melayan kanak-kanak dengan belonnya..


Bermain bersama arnab

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bergambar dengan maskot lebah

Aktiviti drift kereta yang boleh disertai oleh pengunjung tapi duduk sebelah pemandu je la yeee



Wednesday 12 June 2013

Lemang, Kijal Kemaman

Jika korang suka makan lemang terutama di luar waktu raya tetapi susah nk cari jangan risau korang boleh dapatkannya yang banyak dijual di sepanjang jalan Kijal Kemaman... Deretan kedai disini memang sentiasa dikunjungi oleh pengunjung yang melalui jalan utama ini. Jika melalui jalan Kemaman-Kuala Terengganu di Kijal ini memang korang akan nampak la gerai-gerai ini tak kira arah mana....dan pastinya ia buah tangan utama jika ke Kemaman.......

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu makanan lemang, FF bagitau serba sedikit.. lemang ni merupakan campuran beras yang dimasak dengan santan dan akan diletakkan di dalam buluh. Sebelum tu buluh akan dimasukkan daun pisang atau sebarang daun yang sesuai bagi memudahkan lemang dikeluarkan apabila telah masak nanti. Buluh tadi kemudiannya akan dibakar di atas api yang terkawal.....Bila dah masak..ia akan menjadi bentuk panjang seperti dibawah....jadi kena la potong2 untuk memudahkan penyediaannya.. Ia sedap jika dicicah dengan rendang atau sambal....ermm nyum nyum..Lemang ni merupakan salah satu menu masakan tradisional masyarakat melayu malaysia yang dihidangkan pada musim perayaan raya puasa.










Tuesday 11 June 2013

Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu

Pantai Batu Rakit terletak di utara daerah Kuala Terengganu, iaitu kira-kira 30 km dari bandar Kuala Terengganu atau lebih kurang 20 minit pemanduan. Pantai ini mendapat namanya kerana terdapat batuan di tengah laut yang dilihat orang seumpama rakit memandangkan pada waktu air pasang ia tetap kelihatan dan seolah-olah timbul. Pantai dan perkampungan ini sememangnya terkenal dengan perkampungan nelayan dan kerana itulah ia memang terkenal dengan makanan yang berasaskan laut terutamanya ICT(panggilan penduduk Terengganu) iaitu Ikan Celup Tepung tetapi bukan sahaja ikan tempura aje yang terdapat di sini, keropok, sotong, udang, pari, pisang, cendawan, dan sebagainya lagi lah.....memang fresh dan rangup... sepanjang pantai memang dipenuhi warung-warung ICT ni je la.......jadi jika singgah ke sini jangan lupa untuk menikmati makanan celup tepung ye...


Asal usul nama Batu Rakit kerana batuan ni yang berbentuk rakit

Pantai berhampiran perkampungan nelayan yang dipenuhi dengan bot dan bubu












Thursday 6 June 2013

Pantai Kemasik, Kemaman

Kali ni FF singgah di Pantai Kemasik, salah satu pantai yang FF kira sangat cantik di Terengganu ni dengan pantai jenis berbatu. Untuk datang ke sini bukanlah susah kerana lokasinya yang terletak di tepi jalan utama dari Kuala Terengganu ke Kemaman ni, dari kejauhan dah boleh nampak batu yang timbul pada permukaan air tu. Pantai Kemasik terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Lebih jelas lagi Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal, kira-kira 30 km dari bandar Chukai dan 10 minit sahaja dari Kertih.

Pantai Kemasik terletak di persisiran kampung Kemasik. Tiada pokok yang besar pada pantai ni, cuma terdapat pokok mengkuang laut kat sini, dengan daun yang panjang yang tajam dan buah ranum berwarna jingga (seperti nenas), kira panas sikit la masa FF datang tengahari tu, tapi dengan suasana langit yang panas dan laut membiru tu, tak dinafikan yang pantai ni memang cantik ditambah pasirnya berwarna keemasan dan landai, luas mata memandang. Suasana pantai di sini memang berlainan dengan pantai yang biasa FF pergi kerana rasanya pantai ni diselenggara dengan baik. Keadaannya yang terjaga dan bersih aje sesuai la sebagai salah satu destinasi utama pelancongan. Memang tak puas menikmati permandangan indah di sini, dan pasti FF akan datang lagi.

Terdapat 'teluk' pada pantai Kemasik ni. Hanya pada persisiran pantai yang berteluk tu banyak terdapat pokok-pokok kelapa dan pokok rhu yang tumbuh melata dan terdapat bot-bot sangkut nelayan yang memberi kelainan panorama, bersesuaian kerana Kemasik sejak dahulu lagi merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional tetapi asal usul nama Kemasik tidak dapat diketahui. Walau bagaimanapun, kampung Kemasik telah wujud sejak kira-kira 60 tahun lagi iaitu sebelum merdeka lagi, namun sehingga hari ini ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri dan budaya timur masyarakat melayu setempat walaupun hakikatnya Kemasik telah membangun sebagai sebuah bandar.

Pintu masuk

Pintu masuk ke pantai Kemasik ni.

Papan tanda

Nampak tak papan tanda tu... dilarang mandi ye adik-adik.

Pulau batu

Keindahan pantai Kemasik memang terselah dari kejauhan dengan pulau batu ni.

Bot

Kawasan teluk yang terdapat bot-bot nelayan yang tersadai.

`
Jeti


Mengkuang laut

Inilah pokok mengkuang laut yang terdapat kat sini. Buah tengah masak ranum, terliur la pulak....boleh makan tak erk?

Tebing batu

Ada tebing batu besar kat belah kanan pantai ni

Batu

Sampai kat sini, ada celah-celah batu yang boleh dilalui lagi.

Pantai Kemasik

Wow rupanya ada tempat lapang kat sini . Ramai la jugak orang berkelah kat sini, siap mandi-manda lagi..

Mandi-manda

Kat sini memang ramai budak-budak yang mandi sebab teduh sikit, tapi tak tahu la bahaya ke tak tapi nampak macam selamat je.



Pulau batu di tengah laut mencantikkan lagi keindahan pantai ini

Jeti sebagai landskap








Saturday 1 June 2013

Bulan Kepenggunaan Kebangsaan 2013, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Semalam sehingga ke petang ini(31 Mei-1 Jun 2013), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah dan akan menyediakan sebanyak 207 program serta aktiviti kepenggunaan sepanjang bulan ini sempena sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2013. Kemuncak sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan kali kelima itu berlangsung di Pantai Batu Burok. Majlis pelancarannya disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Roslee Daud mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Saripuddin Kasim. Pelbagai aktiviti dibuat disamping dihiburkan dengan artis-artis terkenal tanahair. Masih sempat untuk datang....Kalendar aktiviti boleh dilihat disini


Acara memancing pada sebelah pagi


Ikan yang berjaya dinaikkan..

Pertandingan melukis untuk kanak-kanak


Pertandingan mereka dan membuat wau

Antara gerai yang ada

Pameran oleh Agensi Antidadah Kebangsaan

Jabatan Pertahanan Awam

Nabil antara artis yang hadir meriahkan suasana


Perlawanan bola sepak pantai