Tuesday, 30 April 2013

River Cruise, TTI, Kuala Terengganu

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman tamadun Islam ni adalah belayar menyusuri Sungai Terengganu. Pelayaran ini bermula dari pengkalan jeti Tok Ku Paloh TTI dan berakhir di tempat yang sama. Semasa pelayaran ni, kita turut akan ditemani dengan jurupandu pelayaran dan semasa pelayaran ni, kita bukan sahaja dapat belayar sambil dapat menikmati keindahan tetapi turut mendapat maklumat dari jurupandu pelayaran yang akan bercerita sepanjang pelayaran. Kadar bayaran bolehlah korang tengok gambar yang FF postkan tu tapi buat rakyat Terengganu yang berhajat nak datang ke Taman Monument ada berita baik buat korang pasal dengan hanya tiket monument tu, korang dapat belayar secara percuma sahaja. Tawaran ni sah  dari 15 April 2013 hingga 08 Julai 2013. Apalagi cepat-cepat la rebut peluang ni...


Pengkalan Tok Ku Paloh, tempat ke River Cruise.

Pakej yang ditawarkan

Boleh la baca maklumat kat sini.

Sebelum nak belayar  tu kena la ambik jaket keselamatan kat sini


Tak ramai orang sebab masa ni bukan hujung minggu

Dari jeti

Taman Tamadun Islam

Pulau Haji Siah. Apa yang menarik tentang pulau ini, ia berkeluasan 3x ganda Pulau Wan Man tetapi hanya hakmilik Haji Siah sepenuhnya dan hanya terdapat sebuah rumah sahaja di sini.


Kapal pengorek pasir

Ri-Yaz Heritage Resort

Kapal layar 

Masjid Kristal






Monday, 29 April 2013

Taman Monument, TTI, Kuala Terengganu (Part 2)


Sambungan kepada Taman Monument Part 1. Okeylah FF sambung post untuk part 2. Layarilah gambar-gambar yang FF ambik di Taman Monument ni,



Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran.

National Mosque, Malaysia. Dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan kepada Perdana Menteri pertama. Bumbungnya berbentuk payung diraja terbuka dan menara pula berbentuk payung tertutup.

Aleppo Citadel, Syria

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Abu Nasr Parsa, Afghanistan.  Merupakan sebuah makam untuk mengabdikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.

Mosque of Mohamed Ali, Egypt. Dikenali dengan nama Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak di dalam pembinaannya.


Taj Mahal, Agra, India. Istana Taj Mahal yang dibina bagi melambangkan kasih sayang Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal.

Video tayangan yang dipasang pada beberapa monumen di sini. Ni kat monumen Taj Mahal.

Galeri di beberapa monumen.

Pattani Central Mosque, Thailand. Masjid yang dibina menyerupai rekabentuk Taj Mahal.

Great Mosque of Samarra, Iraq. Keunikan yang tersendiri dengan menara berpusing

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin.

Kubbah As-Sakhrah yang menyemadikan batu suci di atas Gunung Mariah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW bertemu Allah.

Kubah yang cantik dengan ukiran

Suleyman Mosque, Turkey. Ia Menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.

Kalyan Minaret, Uzbekistan. Diperbuat daripada batu yang dibakar.




Taman Monumen, TTI, Kuala Terengganu (Part 1)

Taman Monumen terletak di dalam Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.Taman monument menempatkan 23 jenis monument islam yang hebat dari segi kesenian dan tamadunnya bagi membangkitkan kembali zaman kebangkitan islam sebagai agama global lagi sofistikated. Taman ni memang luas, jadi kalo yang tak larat berjalan boleh la sewa kenderaan dan fasiliti yang disediakan di sini dengan kadar bayaran tertentu. Bagi FF pulak lagi suka berjalan sebab tak suka terikat dan lagi satu lebih bebas untuk mengambil gambar. Hihihi.....Memandangkan banyak sangat gambar kat dalam ni terpaksa la FF buat 2 bahagian, jadi nanti ikuti la bahagian kedua pulak ye.....

Taman Monumen

Pintu utama Taman Monumen

Harga
Waktu Operasi

Waktu beroperasi. Tambahan: ditutup pada hari selasa kecuali pada hari cuti umum atau sekolah

Pakej

Pakej yang disediakan

Sewa

Kadar sewa fasiliti di sini

Surrey Bike

Surrey Bike

Basikal

Basikal

Tram

Tram. Tram akan berhenti pada tempat yang ditetapkan, jadi takde masalah kalo korang nak bergambar.

Buggy

Buggy

Paddle Boat

Paddle bot. Ada tasik kat dalam taman ni, jadi kalo nak mengayuh bot tu boleh je

Taman Permainan

Taman permainan untuk kanak-kanak.

Permainan

Permainan ni tak dibuka..tak pasti la kenapa dibiarkan macam ni je.

Masjid Kul Sharif, Kazan, Russia

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia

Masjid Agadez, Nigar

Great Mosque of Agadez, Nigar. Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dan perancah kayu

Masjid Qairawan, Tunisia

Great Mosque of Qairawan, Tunisia.

Masjid Kudus Minar, Indonesia

Kudus Minar, Central Java, Indonesia. masjid bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Menaranya berbentuk seperti Chandi di kuil Hindu.

Masjid Xian, China

Xian Mosque, China. Dibina oleh Laksamana Haji Cheng Ho. Walaupun seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya mengadap kiblat.

Masjid Sultan, Singapura

Sultan Mosque, Singapore. Terkenal dengan kubah emas yang terletak diatas botol minuman yang didermakan oleh masyarakat setempat.

Kincir Air

Kawasan sekitar yang terdapat tempat menunggu, galeri, kincir dan jejambat.

Kincir Air

Kincir air berdasarkan teori Al Jazari, pakar mekanikal