Tuesday, 30 April 2013

River Cruise, TTI, Kuala Terengganu

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di Taman tamadun Islam ni adalah belayar menyusuri Sungai Terengganu. Pelayaran ini bermula dari pengkalan jeti Tok Ku Paloh TTI dan berakhir di tempat yang sama. Semasa pelayaran ni, kita turut akan ditemani dengan jurupandu pelayaran dan semasa pelayaran ni, kita bukan sahaja dapat belayar sambil dapat menikmati keindahan tetapi turut mendapat maklumat dari jurupandu pelayaran yang akan bercerita sepanjang pelayaran. Kadar bayaran bolehlah korang tengok gambar yang FF postkan tu tapi buat rakyat Terengganu yang berhajat nak datang ke Taman Monument ada berita baik buat korang pasal dengan hanya tiket monument tu, korang dapat belayar secara percuma sahaja. Tawaran ni sah  dari 15 April 2013 hingga 08 Julai 2013. Apalagi cepat-cepat la rebut peluang ni...


Pengkalan Tok Ku Paloh, tempat ke River Cruise.

Pakej yang ditawarkan

Boleh la baca maklumat kat sini.

Sebelum nak belayar  tu kena la ambik jaket keselamatan kat sini


Tak ramai orang sebab masa ni bukan hujung minggu

Dari jeti

Taman Tamadun Islam

Pulau Haji Siah. Apa yang menarik tentang pulau ini, ia berkeluasan 3x ganda Pulau Wan Man tetapi hanya hakmilik Haji Siah sepenuhnya dan hanya terdapat sebuah rumah sahaja di sini.


Kapal pengorek pasir

Ri-Yaz Heritage Resort

Kapal layar 

Masjid Kristal






No comments:

Post a Comment