Monday, 1 April 2013

Air Terjun Bagan, Dungun

Tempat yang FF pergi ni terletak di Ulu Dungun, Kira bersempadanan dah dengan Ulu Tembeling, Pahang. Nama tempat yang FF nak pergi ni mengikut penduduk kat sini diaorang panggil FF tak pasti eja macam mana sama ada Pangan ke, Bangan ke atau Bagan tapi bunyi lebih kurang sama la tapi rasa-rasa kependekan asal nama empangan kot sebab ada air terjun jeram kat sini.

Kalo nak datang boleh la ikut jalan dari Ajil atau ikut Bandar Al Muktafi Billah Shah(26km), kira-kira 3 jam jugak la perjalanan dari Kuala Terengganu ikut jalan lama(Ajil), ikut jalan highway sampai Bukit Besi tu pun boleh dan lebih pendek masa perjalanan, nanti terus ikut arah ke Pasir Raja. Untuk sampai ke sini, korang kena masuk ikut Kampung Syukor tu dulu nanti jumpa la sungai dan jambatan, melalui kebun kelapa sawit, kebun getah dan hutan dulu. Nanti jumpa simpang tiga, ikut arah kiri, terus je sampai la jumpa satu jalan yang kecik sikit belah kanan, situ la tempatnya. Memang mencabar la bagi yang suka cabaran tu.. tapi takpe kawasan ni memang segar dan nyaman je maklum la dalam kawasan hutan kan. Kalo tak pasti arah tu tanya la penduduk kampung kat sini, diaorang semuanya ramah dan baik-baik tapi dialek mungkin susah nak faham sikit la. Jangan kata nak pergi ke empangan ni, untuk sampai ke Pasir Raja ni pun jauh tauu.....masuk hutan keluar hutan. Tapi tempat ni memang cantik la cuma kekangan lokasi yang menghalang tapi yang suka cabaran tu apa salahnya datang. Malah kerapkali FF terserempak dengan kereta 4X4 yang keluar masuk ke sini. 

Banyak tempat yang menarik sekitar kawasan ni sebenarnya termasuklah air terjun Chemerong, dalam 3 km je dari sini..malah kampung sekitar iaitu Pasir Raja terkenal dengan homestay dikalangan pelancong asing. Terdapat pokok Chengal terbesar di dunia(next artikel), kubu Mat Kilau dan sebagainya. Malah kawasan ni juga menjadi tempat bagi aktiviti Road Challenge Rainforest peringkat antarabangsa. Hulu Dungun ni juga sebenarnya banyak menyimpan sejarah tapi panjang sangat kalo nak cerita kat sini, asal usul penduduknya(mengikut cerita) keturunan Diraja sebab tu la kat sini ada nama Pasir Raja, majoriti  penduduk juga namanya bermula dengan Tengku.

Papan tanda

Ikut arah ke Pasir Raja tu, kalo ke Felda Semaring tu, akan jumpa air terjun Chemerong. FF ikut jalan Ajil, kalo nak ikut dari arah Bandar Al Muktafi Billah Shah pun boleh.

Sungai Syukor

Sebelum jumpa tempat tu, kite akan jumpa sungai ni dulu..lalu kat atas jambatan tu.. ni pandangan dari bawah lah sebab nak berenti mandi sungai Kampung Syukor dulu.

Laluan balak

Nak datang sini mencabar sikit la, kena ikut laluan balak ni. jalan tak berturap la...tapi boleh je lalu dengan kereta biasa.

Jalan masuk

Risau sebab tengok jalan merekah, parking kereta kat jalan luar je pastu jalan kaki masuk  jalan kecik ni, tak jauh pun dalam 50 meter jee.. tengok-tengok ada je kereta masuk parking sini.

air sungai

Terdapat jeram atau empangan air kat sini tapi dalam sikit la kat situ..

air sungai

Kawasan yang FF tunjuk ni tak banyak batu, pasir je... memang sesuai la kalo nak mandi kat situ....jernih lak tu.

air yang jernih

Memang jernih sangat air kat sini, tak payah pakai google pun dah boleh nampak tapi nampak pasir dengan batu je laaa yer....

Mandi-manda

Memang sejuk sangat air kat sini tapi best sebab belum tercemar maklum la tak ramai tahu tempat ni kecuali penduduk setempat dan sekitarnya sahaja.. tapi tak payah risau la kat sini tetap je ada orang datang mandi-manda, kalo hujung minggu lagi la ramai.



No comments:

Post a Comment