KAMPUNG BARU SUNGAI BINJAI - “Melihat kelibatnya tiada di rumah, saya
terus mencarinya di kawasan sekitar. Saya sudah buntu kerana usaha
beberapa jam belum berhasil sehinggalah seorang penduduk ternampak mayat
anak saya terapung dalam sungai.”
Demikian luah Mohamad @ Awang Ismail, 66, bapa kepada lelaki OKU, Azmer Abdul Fatah, 42, yang dijumpai lemas kira-kira jam 9 malam semalam dalam sebatang alur sungai terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya, di sini.
Menurut Mohamad, anaknya itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai sedalam kira-kira dua meter ketika sedang memancing sendirian di kawasan berkenaan kira-kira jam 5 petang kelmarin, dan ketika itu dia tiada di rumah kerana keluar berjumpa teman.
“Selepas solat Asar, saya keluar kerana ada urusan, ketika itu dia (mangsa) berada di bangsal di kawasan rumah. Saya pulang kira-kira jam 5.30 petang dan mendapati anak saya tiada di rumah. Saya terus mencarinya di kawasan sekitar.
“Saya terlintas untuk mencarinya di kawasan sungai kerana fikirkan dia pergi memancing, tambahan pula itu memang minatnya. Sebelum ini juga kami banyak habiskan masa memancing di alur sungai di sini kerana saya hanya tinggal berdua dengannya.
Setelah hampir sejam mencari dan masih gagal menemuinya, Mohamad kemudiannya memaklumkan kepada rakan dan orang kampung sebelum mereka meneruskan usaha menjejakinya.
"Ketika itu, hati saya terdetik mungkin terjadi sesuatu kepadanya tetapi cuba mengatakan ia hanya perasaan sahaja.
“Dalam keadaan saya yang sudah buntu, seorang penduduk melihat benda terapung dalam sungai lalu menyuluhnya dan mendapati ia adalah jasad anak saya. Walaupun ditemui tidak bernyawa, sekurang-kurangnya dia dijumpai daripada hilang begitu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Mohamad, anak ketiga daripada lapan beradik itu dilihat pendiam sejak kebelakangan ini serta banyak habiskan masa dengan seekor arnab peliharaannya dan dia tidak menyangka perubahan itu petanda anak istimewanya itu akan pergi buat selama-lamanya.
“Saya tinggal berdua dengannya sahaja di rumah ini setelah isteri meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu, manakala anak-anak lain telah berumah tangga serta bekerja di luar. Saya juga sentiasa pantau pergerakannya walaupun dia hanya keluar di sekitar rumah.
“Kebiasaannya, paling lewat dia pasti pulang sebelum Maghrib, tetapi berlainan keadaannya semalam (kelmarin). Lokasi dia ditemui juga merupakan kawasan yang kami berdua sering habiskan masa memancing bersama,” katanya.

No comments:
Post a Comment