Pulau warisan merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu. Pulau Warisan adalah sebuah pulau buatan manusia yang telah ditambak dan dihubungkan dengan jambatan. Ia terletak berhampiran pasar Payang dan Chinatown di bandaraya Kuala Terengganu.
Terdapat jambatan ikonik Pulau Warisan yang mirip seperti jambatan di Putrajaya. Tempat ini lebih dikenali sebagai i-city(seperti i-city Shah Alam) dikalangan penduduk setempat memandangkan suasana yang hampir serupa yang dipenuhi dengan replika pokok tiruan yang beraneka warna dan disinari lampu LED pada waktu malamnya. Memandangkan ia terserlah kerana lampu-lampu yang pelbagai warna ni maka semestinya ia lebih cantik untuk dinikmati pada waktu malam.
Malah dengan reputasi sebagai kunjungan yang terkenal warga setempat, ia menjadi tempat pelbagai agensi kerajaan dan NGO-NGO bagi mengadakan pelbagai program. Tetapi pada hari-hari biasa ia lebih kepada aktiviti individu seperti barbique, memancing, berkelah dan aktiviti ATV bermotor. Malah setiap tahun masyarakat Cina Terengganu turut mengadakan perayaan dan festival keagamaan mereka di sini seperti sambutan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung. Untuk kaum Melayu pula, dibuat pertandingan pelita berhias(Ramadhan). Kalo pada waktu malam tu tak tahu ke mana nak pergi FF syorkan sini la tempatnya.

Lokasi Pulau Warisan tu depan kampung Cina,(no 10). Ada nampak tak kawasan yang warna hijau tu, tu la Pulau Warisan.Suasana Waktu Siang |
Jambatan untuk penjalan kaki menikmati keindahan dari atas. |
Terdapat bot-bot tersadai di sepanjang sungai ni. |
Bangunan yang kelihatan warna putih sepanjang sungai tu pasar Payang. |
Permandangan dari gigi sungai. |
Pokok banyak tapi tiruan je |
Memang penuh dengan pokok-pokok tiruan je kat sini....Suasana Waktu Malam |
Pintu masuk yang bercahaya dengan corak ukiran awan larat dan bentuk seperti linggi perahu |
Jambatan masuk ke pulau Warisan ni. kat bawah tu aliran sungai yang boleh dilalui oleh bot-bot |
Jambatan ikonik mirip seperti Putrajaya |
Dari atas jambatan ni boleh nampak aliran sungai di bawah yang boleh disusuri oleh bot-bot. |
Permandangan dari atas jambatan yang menghadap ke sungai Terengganu. |
Jeti kat sini untuk menaiki bot, tapi tak pasti la jeti ni terbengkalai ke untuk orang persendirian je. |
Bot tersadai tapi tak tahu la ia berguna ke tak atau hanya untuk hiasan semata-mata. |
Macamana? cantik kan suasana malam kat sini. |
Deretan pokok tiruan yang dipasang lampu LED. |
No comments:
Post a Comment