Wednesday, 10 April 2013

Sumai Hotel & Apartment

Salah satu penginapan di Kuala Terengganu yang boleh korang menginap ialah Sumai Hotel & Apartment yang terletak di Jalan Persinggahan Batu Burok. Ia terletak berhampiran dengan masjid Ladang dan hanya 10 minit pemanduan ke pantai Batu Burok. 

Hari tu FF sekeluarga telah berkesempatan untuk menginap dan merasa menginap di sini, kami memilih apartment kerana dengan jumlah yang ramai, ia lebih berbaloi dan selesa. Terdapat 4 bilik. Bilik pertama mempunyai sebuah katil bersaiz king, bilik kedua katil bersaiz queen, bilik ketiga pula mempunyai 2 unit katil bersaiz queen dan bilik keempat katil single. Apartment ini dilengkapi dengan ruang dapur yang mempunyai ruang memasak elektrik, peti ais, sink dan pingan mangkuk, ruang tamu dengan TV dilengkapi Astro dan ruang makan, memang berbaloi kalau yang datang beramai dan menetap di sini. Selain itu ia menjadi pilihan program-program dan aktiviti sekolah.  Untuk maklumat lanjut dan maklumat berkaitan boleh la rajin-rajin buka website ni ye.http://www.sumaisuite-kualaterengganu.com/ppc/?gclid=CPeEg5PMrrYCFcwr6wodxXoASQ

Pintu pagar

Pintu pagar dan hadapan.

Permandangan dari jauh

Permandangan dari jauh

Kolam renang di sini tapi ramai la sebab kebetulan ada program sekolah.

Ruang tamu dan istirehat

Ruang istirehat

Ruang makan

Ruang makan

Bilik tidur utama

Bilik tidur utama, pasal bersepah tu abaikan aje la, biasa la dah guna baru nak ambik gambar camni r.

Bilik keempat

Bilik keempat dan yang paling kecil., kira macam bilik pembantu  la ni.





No comments:

Post a Comment