Taman Bandar Marang merupakan kawasan yang terletak di pesisir sungai kecil marang dan menghubungkannya dengan Pulau Kekabu. Di sini memang salah satu kawasan kegemaran bagi kaki-kaki pancing kerana sungai ni memang terdapat banyak ikan, malah pengalaman FF sendiri, dalam masa setengah jam pun dah boleh dapat dalam 10 ekor tapi ikan yang kecil je la : p. Alaa sebelum dapat bapak kena la praktis tangkap anak dia dulu kan...Bukan tangkap nak makan pun sekadar hobi je... boleh la tu.... Disini juga disediakan menara tinjau untuk pengunjung melihat persekitaran dan wakaf-wakaf yang disediakan untuk berehat... Lokasi tempat ni berdekatan la dengan Hotel Seri Malaysia Marang tu.....dan juga Pasar Besar Marang. Tiada apa sangat kat sini, kalo sukakan ketenangan dan nak tenangkan fikiran sambil tengok ikan-ikan berenang tu bolehlah cuba datang sini.
|
Papan tanda
|
|
Tempat kegemaran FF memancing kat atas tu, senang nampak ikan.
|
|
Sungai yang dipenuhi ikan
|
|
Panorama yang damai
|
|
Jambatan yang boleh dilalui kereta ke Pulau Kekabu
|
|
Sampan buruk
|
No comments:
Post a Comment