Thursday, 11 April 2013

Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu

Kali ni FF nak berkongsi sikit tentang Terengganu Equestrian Resort atau lebih dikenali sebagai TER saje, ringkasan dari namanya, maklumlah orang Terengganu kata 'panjang jengong' (panjang sangat). FF sebenarnya tak tahu nak labelkan artikel ni kerana semuanya ada di sini. TER merupakan resort awam yang menyediakan semua dari segi aktiviti atau perkhidmatan seperti penginapan, bilik mesyuarat, perkhidmatan dobi. Tapi untuk FF dan penduduk tempatan ni TER lebih terkenal sebagai tempat menyaksikan teater dan aktiviti riadah untuk bermain bowling, menunggang kuda, badminton, kolam renang, skuasy, gimnasium, aktiviti air dan sebagainya lagi. Boleh dikatakan di sini semua disediakan untuk orang awam dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Untuk datang ke sini, amatlah senang kerana terletak di jalan utama dan berada hanya 4 km dengan pusat bandar. TER terletak di kawasan berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah(Masjid Terapung) dan Taman Awam Teluk Ibai. Hanya perlu ikut arah ke simpang jalan Masjid Terapung dan belok ke kiri selepas jumpa simpang. TER terletak di sepanjang sungai Ibai dan pantai. Tak banyak sangat gambar yang FF ambik kerana waktu ni kesuntukan masa dan malas nak masuk kat dalam tu.., insyaallah ada kesempatan nanti FF post ye...rajin-rajin la cari website  TER untuk maklumat lanjut berkaitan, FF jenguk official TER ni tapi tak boleh buka, jadi ralat sikit nak link kat sini.

Permandangan dari jauh

Permandangan dari jauh

Permandangan dari jauh

Permandangan jauh juga.

Club House dari jauh

Permandangan Club House dari jauh

Jambatan gantung

Jambatan gantung tapi seberang sungai TER la.

Pintu masuk kelab

Pintu masuk ke kelab


Menunggang kuda

Tempat menunggang kuda

Padang

Padang untuk aktiviti berkuda

Aktiviti air

Kalo yang nak berkayak pun boleh

 

 

No comments:

Post a Comment