Semalam sehingga ke petang ini(31 Mei-1 Jun 2013), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan telah dan akan menyediakan sebanyak 207 program serta aktiviti
kepenggunaan sepanjang bulan ini sempena sambutan Bulan Pengguna
Kebangsaan 2013. Kemuncak sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan kali kelima itu
berlangsung di Pantai Batu Burok. Majlis pelancarannya disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek. Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Roslee Daud
mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah
Md. Hanipah dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Saripuddin
Kasim. Pelbagai aktiviti dibuat disamping dihiburkan dengan artis-artis terkenal tanahair. Masih sempat untuk datang....Kalendar aktiviti boleh dilihat disini
Acara memancing pada sebelah pagi |
Ikan yang berjaya dinaikkan.. |
Pertandingan melukis untuk kanak-kanak |
Pertandingan mereka dan membuat wau |
Antara gerai yang ada |
Pameran oleh Agensi Antidadah Kebangsaan |
Jabatan Pertahanan Awam |
Nabil antara artis yang hadir meriahkan suasana |
Perlawanan bola sepak pantai |
No comments:
Post a Comment