Saturday, 18 May 2013

Lagenda Batu Penyu, Bukit Che Hawa, Dungun

Lagenda Bukit Penyu terletak di Bukit Che Hawa, Rantau Abang, Dungun. Untuk datang ke sini, ia terletak tak jauh la dengan Pusat Penerangan Penyu dan Pantai Rantau Abang, dalam 0.5 km selepas Heritage Rantau Abang iaitu dari Jalan Rantau Abang-Bandar Dungun terletak jalan masuk ke Bukit Che Hawa ni. Dari jalan besar tu dah akan nampak papan tanda. Untuk masuk ke tempat ni kira-kira 2.5 km juga la melalui jalan kampung dan jalan bukit. Suasana memang agak sunyi kerana tidak ramai pelancong. Sebagai pelancongan FF galakkan untuk datang ke sini tetapi jangan la taksub sangat dengan lagenda Penyu ni kerana ia boleh menyebabkan Khurafat terutama bagi orang islam. Pelbagai mitos yang FF baca tentang batu tapi tidak pasti tentang kebenarannya.

Sedikit info tentang Lagenda Batu Penyu ni.. Batu penyu dikatakan berasal dari seekor penyu betina yang mendarat di kawasan pantai Kampung Rantau Abang. Penyu ini dipercayai merayau-rayau bagi mencari suatu haruman dari sebatang pokok. Oleh kerana terlalu leka, penyu ini telah tersesat di atas Bukit Che Hawa dan tidak sedar hari telah menjelang subuh. Lalu dengan takdir tuhan ia berubah menjadi batu dan telah kekal hingga kini.

Peristiwa penyu yang menjadi batu ini menimbulkan suasana sedih di kalangan penyu yang lain. Berikut itu penyu-penyu yang mendarat di Pantai Rantau Abang saban tahun dikatakan datang untuk menziarahi nenek moyang mereka dan bertelur. Seekor penyu akan mengorbankan diri di dalam paya di Kampung Rantau Abang sebagai tanda simpati dengan nasib yang menimpa nenek moyang mereka.

Asalnya tempat ini tidak secantik sekarang, Oleh kerana terlalu lama terbiar di atas Bukit Che Hawa tanpa sebarang perlindungan dari cuaca panas dan hujan, batu penyu ini telah merekah dan pecah. Bagi tujuan mengekalkannya dalam bentuk asal untuk tatapan generasi akan datang, langkah-langkah pemuliharaan telah diambil oleh pihak yang berwajib. Kemudahan tangga dan tempat rehat telah dibina dan batu berbentuk penyu tersebut telah dipagar bagi mengelakkan ianya dirosakkan oleh pengunjung yang memanjat batu tersebut dan mengubah struktur batuan. Mungkin ada pro dan kontra membuat kandang, bagi FF secara personal, kontranya kerana seolah-olah ia memuja batu tersebut..Ermmm apa pun atas niat masing-masing dan bagi kita jangan la sampai syirik kepada Allah, anggap je la batu tu sebahagian daripada ciptaan Tuhan yang unik.


Kemudahan tangga yang disediakan


Kandang berpagar yang menempatkan batu penyu

Info tentang Lagenda Batu Penyu yang boleh dibaca di sini

Dari pandangan atas dekat kandang batu penyu

Erm ada beberapa gambar yang FF ambil ni, cari la sendiri ada rupa penyu ke tak ye.











1 comment:

  1. Kami tantang para semua yang suka bermain judi online
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    secara gratis.
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    PIN BB : D61E3506
    Whatsapp : +85598249684
    L ine : Sinidomino
    dewa poker

    ReplyDelete