Pantai Pulau Kerengga terletak di daerah Marang iaitu kira-kira 11km dari bandar Marang, dan 35km dari pusat bandaraya Kuala
Terengganu. Lokasinya terletak berhampiran dengan penjara Marang dan rumah anak-anak
yatim (PERKAYA). Dahulunya Pulau Kerengga terkenal sebagai perkampungan nelayan.
Untuk sampai ke pantai ini, ia sedikit unik kerana kawasan pantainya dipisahkan oleh sebatang sungai yang merentangi sepanjang bahagian kawasan tersebut.
Sungai Pulau Kerengga ini seakan sebuah lagun yang hidup kerana hulu
sungai ini mati di hujung kampung, tetapi muara sungai ini terletak di
Kampung Merchang lebih kurang 15 kilometer dari Kampung Pulau Kerengga. Sungai ini merupakan Sungai Air Payau dan kaya
dengan ikan siakap, belanak, ketam dan udang. Ianya menjadi syurga
kepada pemancing. Keadaan ini menjadikan kawasan tepi pantainya seperti
pulau kerana di hadapannya adalah Laut Cina Selatan, sementara di
belakangnya adalah Sungai Pulau Kerengga. Di sekitar "pulau" itu tumbuh
pokok bakau, nipah dan sebagainya.
Apa yang menakjubkan ialah
terdapat banyak sarang kerengga, maka berdasarkan keadaan itulah kampung
ini dinamakan Kampung Pulau Kerengga. Penduduk kampung membina beberapa
buah jambatan kayu untuk sampai ke pulau ini.
|
Jeti kayu laluan untuk ke pantai
|
|
Sungai Pulau Kerengga
| |
|
Bot-bot nelayan
|
|
Bangsal yang disediakan
|
Menarik!
ReplyDeleteMengimbau kenangan lalu
ReplyDeleteRindu kampung
ReplyDelete