Thursday, 23 May 2013

Pulau Kapas, Marang

Ermmm..... Ramai la pulak nak tahu pasal Pulau Kapas.. FF keberatan nak share gambar sebenarnya memandangkan belum cukup yang sesuai, banyak gambar lebih kepada peribadi. Walaupun Pulau Kapas ni dah 5,6 kali FF pergi tapi belum berkesempatan ambik gambar pemandangan kat sini. Sebab utamanya jarak yang agak luas, ditambah faktor cuaca yang panas. Faktor yang penting sekali maklum la bawa budak, budak-budak ni kalo dah jumpa air memang dah tak nak jalan-jalan keliling pulau, habis takkan la nak tinggalkan dia orang sendiri, bahaya.....lagipun bila dah datang ke pulau pasti sibuk dengan aktiviti laut. Takpe la sementara ni FF kongsi-kongsi dulu tentang gambar yang ada ni ye.

Pada FF jika budget yang kurang tapi datang beramai, Pulau Kapas mungkin sesuai kerana kadar tambang untuk ke sini dalam RM30-RM45 seorang untuk dua hala(dewasa). Malah chalet kat sini yang murah dalam RM40 pun dah boleh dapat. Tapi pada FF kalo nak selesa ambik yang sewa RM80 laa....Jika ambik pakej lagi la murah, tapi ramai yang lebih suka sewa chalet dan bawa bekalan makanan sendiri. Banyak juga la aktiviti yang boleh dibuat seperti snorkeling, kayak, keliling pulau, candat, memancing, mendaki bukit dan sebagainya la berkaitan laut. Untuk ke sini kalo naik bot laju dalam 15 minit tu dah boleh sampai, kalo feri dalam 30 minit la. Kalo nak datang beli tiket walk in takde masalah sangat la cuma kalo nak tempah chalet tu kena awal-awal la lagi-lagi kalo musim cuti sekolah. Satu lagi ada sesetengah chalet ni kena tempah kat jeti tu, ada yang boleh tempah kat Pulau je. so pandai-pandai korang la nanti.

Pulau Kapas ni terletak di daerah Marang. Kalo nak datang sini kena la naik ikut jeti kat bandar Marang. Kalo nak tahu bandar tu tengok replika udang dan sotong tu.....Kalo dari Kemaman-Kuala Terengganu tu, bila dah nampak replika ni..nanti masa berenti kat trafic light, belok ke kanan... nampak Masjid Marang tu. Nanti jumpa dengan pasar dan belok ke kanan...dalam 100meter terus aje nanti nampak la jeti tu.... okey.... Selamat melancong ke Pulau Kapas yee.....Kalo nak tahu pasal chalet kat Pulau Kapas tu klik sini

Replika laut di bandar Marang

Jeti Marang

Bot ke Pulau

Jeti Pulau Kapas

Aktiviti kayak

Siap sedia untuk snorkeling

Snorkeling tengah laut, kalo tak berani boleh je snorkeling tepi laut tapi tak mencabar la sebab nampak pasir je..hihihi



Senja di Pulau Kapas

Chalet

Dah nak balik,duk di chalet Makcik Gemuk


No comments:

Post a Comment