Monday, 22 April 2013

Air Buah Gelas Besar, Seberang Takir, Kuala Terengganu

Seberang Takir sememangnya salah satu tempat yang terkenal dengan makanannya, tak terkecuali juga dengan minuman. Di sini memang sinonim dengan air buah gelas besar. Sepanjang jalan kita boleh melihat banyak warung-warung menjual air buah hinggakan rambang mata dibuatnya. Air buah gelas besar, seperti namanya sememangnya kita mempunyai pilihan sama ada untuk meminta gelas besar atau kecil sahaja. Kalo rasa larat boleh je minum tapi FF mintak gelas sederhana je.... Kat sini FF postkan beberapa gambar warung yang paling 'otai' dan terawal menjual air buah gelas besar ni dan yang FF selalu pergi.... Terletak di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibuka lewat petang.

Pelbagai jenis buah yang ditawarkan yang sememangnya asli.


Air dah abis...gelas jee ada.. ni gelas saiz sederhana. Yang besar saiz jag pun ada kalo larat bolehla order. Kami order air strawbery, kiwi madu, mempelam, durian belanda dan sour plum.

Warung ni memang sentiasa penuh dengan pengunjung.


No comments:

Post a Comment