Sunday, 21 April 2013

Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu

Taman Pertanian Sekayu adalah salah satu tempat yang boleh dikunjungi kerana disini semuanya ada. Dengan keluasan kira-kira 85 hektar, taman agro ini terdapat pelbagai spesis bunga, kolam tema, taman burung, tasik buatan untuk memancing dan berkayak, taman herba,taman perikanan dan dilengkapi taman permainan. Dengan aliran sungai yang terdapat disini yang tidak terlalu dalam ia lebih sesuai untu kanak-kanak dan sesuai untuk perkhemahan. Selain itu disini memang disediakan tapak untuk perkhemahan dengan disediakan ruang solat, dewan, chalet dan peralatan perkhemahan yang lain. Malah FF memang selalu juga datang ke sini kerana keadaannya yang tidak terlalu sesak dan juga keadaan yang lebih selamat untuk kanak-kanak, disamping landskapnya yang cantik dengan tanaman pokok-pokok bunga dan tumbuhan renek yang lain. Lokasinya cuma bersebelahan dengan Air Terjun Sekayu. Lebih kurang 56 km dari Kuala Terengganu dan 20 km dari bandar Kuala Berang.

Pintu  masuk


Papan tanda arah lokasi

Replika buah-buahan tempatan

Kuda yang dipelihara di sini

Burung Unta

Taman Orkid

Dalam Taman Orkid yang dipenuhi dengan pelbagai spesis Orkid

Jambatan yang menyeberangi sungai

Tasik untuk aktiviti memancing dan berkayak

Taman Kaktus

Kolam Tema

Terdapat dua kolam

Gelonsor

Cendawan

Yeahhhhh


No comments:

Post a Comment