Kalo pergi ke pasar Payang atau Istana Maziah tu, jangan lupa singgah ke Dataran Shahbandar, ini kerana lokasinya cuma bertentangan dengan Istana Maziah je dan berdekatan dengan pasar Payang. Kawasan ini bukan sahaja merupakan taman awam dengan kemudahan skrin gergasi tetapi juga salah satu kawasan utama bagi karnival-karnival jualan atau acara utama negeri. Memang sentiasa ada je aktiviti kat sini. Ermm kalo nak meriah lagi, datang je masa bulan puasa memang meriah sangat dengan pengunjung termasuk pelancong asing yang mengambil kesempatan bersantai, berkelah sekaligus berbuka puasa beramai-ramai dia atas hamparan rumput di sini pastu terus bershopping (huhuu).... dah macam pesta pulak tapi seronok, dan jangan tak tahu TV pun pernah siarkan pasal ni. FF pernah la jugak sekali berbuka tahun lepas kat sini, terkejut sebab tak sangka meriah sangat tapi tak sempat nak ambik gambar la pulak....takpe akan datang kalo ada rezeki dan panjang umur nanti boleh la FF post kat sini ye.
|
Pelan lokasi Taman Shahbandar
|
|
Pintu gerbang Dataran Shahbandar yang bermotifkan ukiran Payang seperti pada perahu ni yang memang sinonim dengan Terengganu.
|
|
Kat sini terdapat sebuah "Rumah Api"
|
|
Keterangan tentang "Rumah Api" tersebut.
|
|
Landskap taman kat sini, terdapat kolam dan jambatan, tapi air takde la pulak....
|
|
Tiba-tiba terpandang rumah ni, cantik la siap dengan landskap pokok Orkid lagi sebagai hiasan.
|
|
Ni pulak pintu masuk utama... penuh dikelilingi dengan pokok-pokok hijau, macam dalam hutan la pulak.
|
|
Sekali tengok....rupa-rupanya Tandas Eksklusif la.. mahal tak mahal jugak RM1.00 je , hari ni tak rasa nk masuk so tak dapat la nak tunjuk gambar kat dalam tu. Tapi kat dalam memang cantik dan privasi, cuba la masuk
|
|
Ada skrin TV gergasi kat sini, lagi meriah waktu malam tambah-tambah kalo ada perlawanan bola memang penuh la dengan kaki bola.
|
|
Terdapat gazebo-gazebo yang disediakan untuk orang awam, boleh la rehat-rehat kat sini.
|
No comments:
Post a Comment