Monday, 1 April 2013

Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Pantai Batu Burok merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu, ini kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana bukan sahaja dapat bersantai di kawasan pantai tetapi dapat melibatkan dengan aktiviti-aktiviti yang akan FF cerita nanti pada artikel yang lain.

Walaupun pantai ini bernama Batu Burok tapi pantai ni bukan pantai jenis berbatu dan takde la buruk pun, cantik je persekitarannya, jadi tak payah nk sibuk cari batu la memang takde dan tak nampak pun. Tapi mesti orang akan tanya abis Batu Burok tu apa? Sebelum tu meh FF nak cite sikit pasal sejarah asal usul Batu Burok ni.

Batu Burok mula mendapat nama semenjak tahun 1940-an lagi, yang mana ketika itu terdapat sekumpulan pekerja buruh(tukang rumah) yang berasal dari luar negeri Terengganu datang mengembara dan singgah berehat di kawasan pantai di mana terletaknya segerompolan batu yang timbul di dalam laut bertentangan dengan tempat mereka berehat, dengan keadaan batu tersebut seperti pulau yang kecil dan amat buruk. Oleh kerana kawasan tersebut dirasakan selamat, mereka mengambil keputusan menetap di situ buat sementara dan mendirikan beberapa pondok untuk dijadikan teduhan tetapi memandangkan tempat tersebut mempunyai keistimewaan bukan sahaja terdapat banyak ikan tetapi mudah pula menangkapnya maka mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di situ dan sepakat menamakan kawasan tersebut sebagai Kampung Batu Burok sempena batu yang dilihat mereka.

 Jadi dah tahu kan macam mana tempat ni mendapat nama yang unik tu. Batu memang ada la sikit yang timbul tengah laut tu tapi kecil je tu pun di kawasan perkampungan bukan di kawasan utama peranginan ini. Nama pantai ni sempena namanya yang terletak di Kampung Batu Burok bukan kawasan pantai yang mempunyai Batu Burok...Untuk lebih jelas tentang Batu Burok..klik Taman Awam Batu Burok

Permandangan dari jauh

Pantai Batu Burok dari kejauhan...

Menara tinjau

Menara tinjau yang disediakan untuk orang awam melihat panaroma pantai ni dengan lebih jelas lagi.

Pokok rhu

Di sepanjang pantai ni memang penuh dengan pokok rhu je...

Pokok Rhu baru ditanam

Pokok-pokok Rhu yang  sedang banyak ditanam sebagai peneduh tapi dia lak mati tak tahan panas.

Layang-layang

Di sepanjang pantai ni memang sentiasa jumpa orang yang menjual layang-layang je.

Layang-layang

Macam-macam saiz dan bentuk layang-layang yang ada dijual kat sini. Harga antara RM5.00 hingga RM40.00, bergantung kepada saiz dan corak.

Budak bermain layang-layang

Kanak-kanak kat sini memang bermain wau(layang-layang) je la.

Persisiran pantai

Persisiran pantai ni memang terkenal dengan kelandaiannya dan luas, sesuai sangat la untuk bermain layang-layang tu.

Hotel

Nampak tak ada hotel-hotel kat tepi pantai tu....kat sepanjang jalan tu memang penuh dengan hotel dan pusat penginapan je.

Pengunjung

Waktu petang-petang terutama hujung minggu memang ramai pengunjung yang datang kat sini.

Jetski

Antara aktiviti pantai kat sini. Aktiviti ni hanya untuk latihan dan bersifat peribadi bukan disediakan untuk orang awam ye..

Pantai Batu Burok

Kat pantai ni dilarang mandi ye dan memang tidak sesuai untuk mandi kerana keadaan mukabuminya yang tidak selamat lagi untuk aktiviti itu kerana pendalaman pantai kesan terhakis teruk suatu ketika dulu.

Pantai Batu Burok

Dapat main-main kat gigi air pun jadi la kan...

Pantai Batu Burok

Panorama yang cantik di pantai Batu Burok pada waktu petang, damai je dapat rehat-rehat tepi pantai ni.


No comments:

Post a Comment