Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Monday 1 April 2013

Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu

Taman Awam Batu Burok ini merupakan taman awam dan rekreasi yang paling popular di sini. Taman awam ni terletak di kawasan peranginan pantai Batu Burok dan terletak hanya 1 km dengan pusat bandar Kuala Terengganu, artikel ni terpaksa dibuat berasingan dengan artikel Pantai Batu Burok memandangkan label berlainan dan terlalu banyak gambar yang menarik untuk dikongsikan dan rasanya lebih jelas kot buat artikel yang berlainan. Taman awam ni memang dekat dengan pusat peranginan pantai Batu Burok, kerana itu la taman awam ini lebih popular lebih-lebih lagi pada hujung minggu atau masa cuti bertambah-tambah la sesak. Kat sini pelbagai aktiviti dapat dibuat dan disediakan untuk orang awam seperti taman rekreasi yang lain, kat di sini juga disediakan taman permainan kanak-kanak, kedai-kedai makan, surau, tempat bermain skateboard, tempat berjogging atau bersenam, padang bola sepak, Kolam renang awam, padang hoki, kereta berkuda, ATV bermotor, bermain layang-layang, jet ski, softboard dan sebagainya, banyak kan! Selain tu tempat ni berdekatan dengan Hospital Besar Sultanah NurZahirah(HSNZ) dan hotel-hotel mahupun resort, jadi memang senang dan memudahkan pelancong la untuk datang ke sini.   

Papan tanda

Taman awam Batu Burok yang berada di kawasan pantai..

Tiang bendera

Tiang-tiang bendera yang terletak di hadapan pentas utama pantai Batu Burok ni.

Taman Permainan

Taman permainan kanak-kanak di sini yang turut disediakan CCTV untuk keselamatan.

Kereta kuda

Kereta berkuda yang dihias cantik persis macam kereta berkuda Diraja dah

 


ATV bermotor

Nak bermain kenderaan bermotor ATV pun boleh.

Skateboard

Tempat bermain skateboard untuk orang awam.

Surau

Surau yang menyerupai Masjid Tengku Tengah Zaharah(Masjid Terapung)

Kedai makan

Deretan kedai makan di sini yang  sentiasa ada  24 jam. Jadi takde masalah la kalo nak cari kedai makan tu.

Pokok rhu

Tempat rehat di bawah pohon-pohon rhu, kat sini pun ada disediakan permainan bermotor untuk kanak-kanak tapi hari ni takde la pulak.

Pintu masuk

Pintu masuk utama untuk ke Taman Rekreasi di sini.

Landskap

Ukiran jenis Payang pada perahu ni memang identiti Terengganu, mana-mana pun ada.

Pokok Bongsai

Pokok Bonsai memang banyak ditanam kat kawasan ni, memang nampak cantik la.

Pokok unik

Tak tahu la pokok apa ni tapi nampak cantik la pulak akarnya yang berjuntai-juntai.

Alatan senaman

Alatan senaman yang disediakan untuk kemudahan orang awam.

Padang bola

Padang bola yang menghijau, baru ditanam dengan pokok-pokok rhu.


No comments:

Post a Comment