Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 10 April 2013

Pantai Pandak, Kuala Terengganu

Jika ditanya, pantai manakah yang paling FF rasa tercantik di Kuala Terengganu ni, pasti FF akan menyatakan Pantai Pandak, apa yang FF tahu, pantai ini satu-satunya pantai jenis berbatu yang terdapat di Kuala Terengganu. Pantai ini adalah jenis berteluk dan melengkung seperti huruf 'U'. Pada waktu petang atau hujung minggu memang ramai yang datang berkelah dan mandi-manda di sini walaupun kawasan ini dilarang mandi. Walaupun cantik, ia sebenarnya banyak meyimpan episod duka kerana terlalu banyak kejadian lemas dan meragut nyawa berlaku di sini saban tahun, apa yang FF tahu pantai ni terdapat pusaran air dan arus kuat secara tiba-tiba juga adalah penyebab kawasan ini berbahaya.

Pantai Pandak terletak di kampung Chendering. Jika hendak datang ke sini tidaklah sesukar mana walaupun pantai ini terletak dalam perkampungan, kerana ia berada di jalan utama Marang-Kuala Terengganu. Jika korang dari Marang-Kuala Terengganu, selepas jumpa Balai Polis Chendering pada kanan jalan, akan terjumpa simpang empat, belok ke kanan. Lokasinya sejalan dengan Lembaga Kemajuan IKan Malaysia(LKIM),dan kena la lalu ikut jalan kampung sikit pada belah kiri nanti selepas masuk simpang empat tu(LKIM atas lagi). Dari kejauhan dah nampak bukit dan dalam 500 meter nanti akan nampak la pantai ni 

Pantai

Pantai yang melengkung seperti huruf 'U'

Pokok Kelapa

Trademark pantai ni ialah pokok kelapa ni, dulu ada 3 batang, ni sebatang je, tu pun macam nak mati jugak dah.

Tebing berbatu

Pesisir
Takungan air

Penuh dengan air bertakung kat celah-celah batu, tapi bebudak memang suka la sebab boleh tangkap anak ikan.

Pokok kelapa tumbang

Pokok kelapa yang tumbang

Aliran celah batu

Kalo masa air pasang, laluan berbatu ni penuh dengan air.

Bukit

Batu besar

Nak pergi ke bawah kena lalu celah-celah batu yang besar ni

Tebing
permandangan dari puncak tebing

Gambar diambil dari puncak tebing batu yang tinggi

Permandangan
Bergambar melatari pantai

Fahmi bergambar melatari pantai.

Budak-budak bermain air

Masa ni keadaan musim tak menentu, ombak pun tinggi, terpaksa la batalkan matlamat nak cari ikan celah batu.. kesian.




1 comment: