Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Saturday 4 May 2013

Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut

Destinasi FF kali ni ialah Hutan Lipur Lata Tembakah yang terletak di daerah Besut. Hutan Lipur ni terletak kira-kira 24 km dari Jerteh dan 130 km dari bandar Kuala Terengganu. Ia merangkumi kawasan seluas 300 hektar dan dimajukan pada tahun 1987. Selain daripada air terjun 7 tingkat, terdapat juga kemudahan dan aktiviti lain yang boleh kita lakukan seperti perkelahan yang menyediakan tempat memasak, tandas awam, selain pengunjung boleh melakukan aktiviti merentas denai hutan yang pada FF masih mengekalkan keindahan semulajadinya.

Pada kali ni, FF berjaya sampai hingga ke air tejun tingkat 2 sahaja.. Bukan tak mampu nak naik ke tingkat seterusnya, cuma sekali lagi kekangan faktor cuaca yang tidak mengizinkan FF. Memandangkan keadaan langit yang sudah agak mendung dengan guruh, terpaksa la FF akur. Huhuhuuuu. Pada pendapat FF tangga yang disediakan untuk naik ke tingkat air terjun kat sini tidaklah sesukar mana seperti air terjun Sekayu yang agak curam. Kat sini keadaannya lebih landai dan tidak memenatkan langsung malah rasanya dalam masa 10 minit saja pun sudah sampai ke paras 2. Malah kawasan kat sini lebih semulajadi dan sungai yang lebih lebar. Walau apapun, tempat ini tetap menjadi salah satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi.

Papan tanda di pintu masuk

Kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap aktiviti. Zoom la sendiri ye..

Chalet

Pejabat

Jambatan gantung menuju ke air terjun





Air terjun tingkat pertama


Tingkat kedua







No comments:

Post a Comment