Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 22 May 2013

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

Tasik Kenyir yang dibina pada tahun 1988 ini terletak di Kuala Berang..bahagian hulu  Sungai Kenyir, Terengganu. Tasik Kenyir menjadi tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Keluasan tasik ini dalam 2,600 km persegi dan mengandungi 340 buah pulau kecil. Kebanyakan pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan kepunyaan hakmilik Kerajaan sepenuhnya termasuk dibina pejabat urusan bagi kajian penyelidikan. Sesetengah pulau juga dijadikan pusat perlancongan dan dibuka untuk orang ramai seperti Pulau Herba yang merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun ini terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga merupakan tarikan utama perlancongan. Tapi Tasik Kenyir semestinya lubuk bagi kaki pancing. Selain daripada itu, terdapat perkhidmatan  mandi dengan ikan kelah dan melawat gua-gua.

Bagi yang berminat untuk menaiki bot megelilingi tasik disini, terdapat beberapa pakej yang disediakan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Bagi yang berminat untuk menyewa bot atau bermalam rumah bot juga disediakan dengan kadar pakej untuk seorang paling rendah RM150 camtu. Kalo berminat search je google kerana sebenarnya terlalu banyak syarikat pelancongan yang menawarkan perkhidmatan ni. 


Permandangan Tasik Kenyir

Rumah bot yang disediakan untuk disewa



Tengah tasik

Pusat penyelidikan di pulau..

Sungai Lasir




Taman Herba





No comments:

Post a Comment