Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Friday 26 April 2013

Pantai Merang, Setiu

Pantai Merang terletak di daerah Setiu di bahagian tengah negeri Terengganu.  Di sini terdapat jeti untuk ke pulau berhampiran iaitu Pulau Lang Tengah dan Pulau Redang, tetapi khabarnya jeti ini tidak dapat digunakan lagi kerana masalah air sungai cetek yang tidak berkesudahan dan terpaksa dialih di tempat lain, tapi tempat mana tak pasti la pulak FF. Berhampiran Sungai Merang dan Laut China Selatan ni juga, pemecah ombak besar telah dibina untuk mengawal kedalaman muara sungai. Pembinaan telah menyebabkan sebuah lagun buatan manusia berhadapan dengan tapak perkhemahan di pantai. Malah terdapat tempat persendirian Universiti disini bagi menjalankan kajian dan juga untuk aktiviti berkaitan. Sepanjang FF di sini, kerap la melihat bot-bot nelayan berulang alik....


Taman rekreasi

Jambatan

Jeti untuk ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah


Air sungai yang cetek

Tambak pemecah ombak


Pepohon rhu yang berbaris sepanjang laut yang membentuk lagun hasil pembinaan tambak


Budak-budak yang pantang jumpa air.

Bot nelayan











No comments:

Post a Comment