Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Monday 15 April 2013

Padang Malaya, Kuala Terengganu

Pada luar pagar utama Istana Maziah, iaitu bersebelahan dengan pejabat pos besar terdapat sebuah taman mini awam yang telah dibina. Tempat itu lebih dikenali dengan nama medan Maziah atau taman Istana Maziah tetapi mungkin tak ramai yang tahu nama rasminya adalah Dataran Malaya, ini mungkin kerana tiada papan tanda dan nama tersebut tidak diwar-warkan.

Dataran Malaya merupakan sebahagian daripada kawasan Istana Maziah, Ia merupakan lanskap luaran untuk istana maziah, sebelum wujudnya Dataran Malaya seperti sekarang ini, kawasan itu pada awalnya hanyalah kawasan lapang yang ditanam rumput dan hanya terdapat pokok besar(dikekalkan sehingga sekarang sebagai peneduh).

Pokok-pokok renek hanya ditanam sepanjang pintu gerbang ke istana maziah.  Memandangkan lokasi yang jalan ini merupakan kawasan tumpuan pelancong, maka insentif kerajaan negeri mengindahkan lagi landskap tersebut dengan dekorasi dan landskap taman. Selain ditanam pokok-pokok renek, tumpuan utama tentulah pada replika tepak sirih (pintu gerbang), replika gobek sireh dan kacip pinang yang sememangnya menjadi identiti masyarakat melayu sejak berzaman sebagai simbol alu-aluan kepada tetamu yang datang.  Pada awal pembinaan taman ini, terdapat kolam air pancut. Pada waktu malam kawasan ini bertambah cantik dengan disinari lampu yang berwarna-warni sama ada yang digantung pada pokok besar ataupun pokok lampu tiruan.


Peta Lokasi




Replika

Replika tepak sirih dan kacip pinang.

Faris

Faris bergambar berlatar belakangkan replika.

Pokok bongsai

Pokok dibentuk bongsai

Replika tepak sirih

Gerbang yang merupakan replika tepak sirih.

Laluan pejalan kaki

Lorong pejalan kaki yang dihiasi dengan pokok bunga kertas. (Bougainvillea)

Landskap

Landskap taman secara keseluruhan

Bukit Puteri

Dari jauh boleh nampak Bukit Puteri

Pokok berbunga merah

Bentuk dengan pokok renek berbunga merah menyerlahkan taman ini

Peneduh

Pokok besar sebagai peneduh

Kolam

Kolam yang agak kotor tidak diselenggarakan dengan baik. Harap pihak berwajib berbuat sesuatu.

Dari atas

Permandangan dari atas Bukit Puteri





No comments:

Post a Comment