Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Monday, 20 May 2013

Pantai Pulau Kerengga, Marang

Pantai Pulau Kerengga terletak di daerah Marang iaitu kira-kira 11km dari bandar Marang, dan 35km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu. Lokasinya terletak berhampiran dengan penjara Marang dan rumah anak-anak yatim (PERKAYA). Dahulunya Pulau Kerengga terkenal sebagai perkampungan nelayan.  
Untuk sampai ke pantai ini, ia sedikit unik kerana kawasan pantainya dipisahkan oleh sebatang sungai yang merentangi sepanjang bahagian kawasan tersebut. Sungai Pulau Kerengga ini seakan sebuah lagun yang hidup kerana hulu sungai ini mati di hujung kampung, tetapi muara sungai ini terletak di Kampung Merchang lebih kurang 15 kilometer dari Kampung Pulau Kerengga. Sungai ini merupakan Sungai Air Payau dan kaya dengan ikan siakap, belanak, ketam dan udang. Ianya menjadi syurga kepada pemancing. Keadaan ini menjadikan kawasan tepi pantainya seperti pulau kerana di hadapannya adalah Laut Cina Selatan, sementara di belakangnya adalah Sungai Pulau Kerengga. Di sekitar "pulau" itu tumbuh pokok bakau, nipah dan sebagainya.

Apa yang menakjubkan ialah terdapat banyak sarang kerengga, maka berdasarkan keadaan itulah kampung ini dinamakan Kampung Pulau Kerengga. Penduduk kampung membina beberapa buah jambatan kayu untuk sampai ke pulau ini. 

Jeti kayu laluan untuk ke pantai

 


Sungai Pulau Kerengga


Bot-bot nelayan



Bangsal yang disediakan










2 comments: