Masjid Kristal rasanya tak perlu lagi FF perkenalkan pasal masjid ni tersangatlah popular kat Malaysia ni, Terengganu apatah lagi kan. tapi bagi yang tak tahu tu meh FF bagitau macam mana nak datang sini. Masjid ni terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam(TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini, walaupun terletak di pulau korang tak perlu naik bot untuk pergi ke sini ye....dah ada jalan penghubung melalui darat. Kalo nak datang tu kena ikut arah ke Losong(ala kawasan yang terkenal dengan keropok tu), kalo nak senang lagi ikut arah ke Muzium Losong pun takpe sebab memang akan lalu ikut muzium dulu, nanti jumpa simpang ke kanan tu....terus je sampai jumpa Taman Tamadun Islam. Masjid Kristal ni terletak di hujung pulau di persisiran sungai yang berkeluasan 2,146 meter persegi. Di pulau ini memang tidak ada penghuni atau perkampungan, cuma memang khas dibina Taman Tamadun Islam untuk pelancongan sahaja, dan jalan ditambak di pinggir yang akhirnya dihubungkan dengan perkampungan Losong.
Sedikit info dan sejarah tentang masjid Kristal. Masjid ni mula dibina pada tahun 2006 dan siap dua tahun berikutnya dan dibuka secara rasminya pada 8 Februari 2008. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Masjid Kristal bukanlah diperbuat daripada kristal tetapi ia dibina daripada kaca dan terasnya keluli, dan nampak seperti kristal apabila berkilau-kilau disimbahi sinaran mentari. Pada waktu malam pula, masjid ini akan dilimpahi cahaya lampu yang bertukar-tukar warna dan kalo nak nikmati keindahannya boleh jugak nampak kalau lalu atas jambatan Sultan Mahmud tu. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini juga merupakan masjid pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan kemudahan Wifi untuk membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan ini bagi mengakses internet untuk membaca al-Quran elektronik.
|
Dari Muzium Negeri Terengganu tu, nanti akan jumpa simpang dan nampak la papan tanda ni. ikut je arah ke kanan tu.
|
|
Lebih kurang 1 km dari simpang nanti akan nampak pintu gerbang ni....
|
|
Pintu masuk ke kawasan masjid ni..
|
|
Masjid Kristal dari jauh, senireka dan senibina yang hampir sama seperti Taj Mahal di Agra, India
|
|
Dari kawasan masjid ni akan nampak la sungai Terengganu ni.
|
|
Masjid dari jauh
|
|
Masjid Kristal menjadi salah satu lokasi kegemaran untuk mengabdikan potret perkahwinan, ada je pasanagn pengantin yang datang bergambar disini.
|
|
Masjid yang memaparkan ciri kemodenan Islam dalam senirekanya
|
|
Gambar masjid Kristal jarak dekat,
|
|
Tampak mewah kan..
|
|
Nampak tak kepingan kubah masjid yang berkilau hinggakan nampak biasan dalam air, itu la kepingan asli kristal tapi kalo nak tengok dari arah sungai la.
|
P/S: Terdapat perkhidmatan bus untuk ke sini, naik bas bandar, warna coklat tu.....
Entah bilalah saya nak sampai
ReplyDelete