Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 17 April 2013

Planetarium(PSKT), Kuala Terengganu

Baru-baru ini FF telah berkesempatan untuk pergi ke Pusar Sains & Kreativiti Terengganu atau lebih terkenal dengan nama Planetarium, ini adalah kerana ia adalah tarikan utama di PSKT. Bagi mereka-mereka yang ada anak-anak ataupun guru-guru, amatlah sesuai membawa mereka kesini kerana kat sini ia dapat Ia mengembangkan pengetahuan dan informasi tentang sains dan teknologi angkasa lepas. Planetarium mampu menyajikan penonton dengan simulasi langit, bulan dan bintang melalui  teknik pencahayaan yang dihasilkan oleh projektor universal, kubah atau ‘dome’ yang berbentuk setengah bulatan, berdiameter 10 meter. Ia mampu membuatkan penonton seolah-olah menjelajah langit yang dipenuhi dengan bintang, planet, bulan, meteor dan objek-objek yang terdapat dalam sistem cakerawala. Fuh memang mendebarkan, tapi kalo ada anak kecik umur 2-3 tahun tu mungkin kena fikir dua kali la, bukan apa kat sini akan ditutup lampu, biasa la kalo dengar budak-budak menangis tu....bukan ape..FF bimbang menganggu konsentrasi penonton je.... Erm  kalo berminat boleh la dapatkan maklumat lanjut tu kat sini ye   http://www.pskt.com.my/

Pelan Lokasi

Peta Lokasi

Aktiviti
Planetarium

Planetarium

Angkasawan Fahmi

Fahmi menjadi angkasawan.

PSKT

 

Bahagian dalam

Suasana kat dalam, penuh maklumat tentang sains dan teknologi termasuklah tokoh-tokoh

Bola

Bola terapung

 

Skrin sesentuh

Tangga

Tangga menuju dewan tayangan

Dewan tayangan

Dewan tayangan

Bilik tayangan

Keadaan dalam bilik tayangan

Tayangan

Semasa tayangan, sebenarnya tak boleh ambil gambar sebab cahaya flash tu akan menganggu penonton, walaupun FF guna tanpa flash tetap je ada effect focus merah kat skrin, hihih nasib gelap

Cerita

Cerita yang FF tonton tadi, masa tayangan dalam 45 minit





No comments:

Post a Comment