Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 24 April 2013

Terengganu International Endurance Park(TIEP), Setiu

Salah satu tempat pertandingan 'Endurance Menunggang Kuda' yang diakui bertaraf dunia ialah Terengganu International Endurance Park(TIEP). Terletak di Lembah Bidong, Setiu - sentiasa menjadi event pertandingan sukan kuda lasak di peringkat kebangsaan dan dunia. Jarak dari Kuala Terengganu ke TIEP ialah lebih kurang 40km. Terletak di sempadan antara Kuala Terengganu-Setiu.


TIEP adalah idea Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda sangat meminati sukan berkuda ini. Salah satu kejohanan kuda lasak ialah Cabaran Kuda Lasak Terengganu - Piala Sultan yang telah bermula sejak tahun 2004. Pada tahun 2008 ianya telah menjadi tempat berlangsungnya Kejohananan Kuda Lasak Sedunia yang mana melibatkan 21 buah negara dan 15 orang penunggang tempatan. Baginda - Yang Dipertuan Agong turut menyertai pertandingan ini yang mana pertandingan ini telah diiktiraf bertaraf dunia.


TIEP merupakan satu pusat sukan berkuda yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan Klinik Kuda yang di anggap sebagai klinik kuda pertama di Pantai Timur yang lengkap dengan kemudahan ultra sound dan pengambilan darah kuda. Selain dari itu ianya juga dilengkapi dengan kemudahan chalet VIP.



Pintu gerbang yang berbentuk ladam kuda

Pokok berbentuk kuda yang menyambut kedatangan pengunjung.

Pentas utama

Khemah untuk penonton

Chalet VIP








No comments:

Post a Comment