Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday, 17 April 2013

Pulau Kekabu, Marang

Jika datang ke Marang jangan lupa untuk singgah dan menikmati perkampungan nelayan di persisiran Pulau Kekabu yang bagi pendapat FF ia sebuah permandangan yang unik dan memukau. Pulau Kekabu ni bukanlah pulau yang terletak ditengah laut, kecil je dan dipisahkan dengan sungai kecil, dan dihubungkan dengan beberapa jambatan kecil. Terdapat tambak yang dibina berhampiran memandangkan ia berdekatan dengan muara sungai Marang. Di pesisir pulau kecil ini terdapat perkampungan nelayan terletak di muara sungai Marang dan berdekatan dengan bandar Marang. Berhampiranlah dengan Pasar Marang dan Hotel Seri Malaysia tu, satu lagi kalo nak pergi perkampungan yang ada rumah sikit dari Bandar Marang- Kelulut ni selepas jambatan Marang tu (dalam 5 meter), belok ke simpang kecil kiri. Perkampungan ni merupakan satu panorama unik dan penuh tradisi. Ini kerana kita boleh melihat suasana semulajadi dengan kehidupan dan alam yang begitu tenang dan mengasyikan.  Malah Sesetengah penduduk disini menggunakan bubu dan jala untuk menangkap ikan. Kita dapat memerhati kehidupan nelayan dengan lebih dekat lagi kerana semua aktiviti dilakukan disini, dan nyata ia memberikan satu pengalaman baru kepada FF.  Daripada atas jambatan yang menyeberangi sungai Marang kita akan dapat menyaksikan Perkampungan Nelayan Marang. Malah untuk ke sini terdapat jambatan-jambatan kecil untuk menyeberang. Perkampungan ini juga merupakan salah satu tempat kegemaran bagi fotografer untuk mengabdikan detik-detik dan suasana di sini.

Sepanjang FF disini, laluan sungai marang ni sentiasa sibuk dengan bot-bot nelayan dan bot pelancongan setiap masa. Ini kerana laluan ini merupakan laluan utama untuk ke pulau berhampiran iaitu Pulau Kapas dan Pulau Gemia yang terletak betul-betul di muara sungai. Malah disini merupakan tempat-tempat kaki pancing, di sepanjang tambak dan sungai, sentiasa penuh dengan kaki pancing yang menangkap ikan, malah sdi dalam sungai ni memang terdapat banyak ikan, malah semasa FF kesini menangkap ikan, memang joran sentiasa je terkena umpan, tapi saiz sejengkal je la....kalo nak besar kena pergi atas tambak lah kot sebab ramai kaki pancing kat situ.

Perkampungan nelayan

Perkampungan nelayan

Jambatan kecil untuk motosikal je. Untuk kereta depan Hotel Seri Malaysia tu.

Perkampungan nelayan

Jambatan yang menghubungkan ke Pulau Kekabu

Perkampungan nelayan

Perkampungan nelayan

Perkampungan nelayan

Bot

Bot tersadai

Bot tersadai


Rumah air

Rumah-rumah nelayan

Pepohon kelapa

Sepanjang sungai yang dipenuhi dengan pohon kelapa menambahkan lagi suasana yang indah

Bot tersadai


Pesisir Pantai

Kawasan ni memang sesuai untuk kanak-kanak mandi sebab tak berombak

Pesisir pantai

Muara yang dibina tambak pemecah ombak.

Pulau Kapas

Kelihatan Pulau Kapas dari jauh.

Tambak laut

Permandangan dari atas tambak


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Cantik. Tapi tak berapa perasan kewujudan Pulau Kekabu tu bila ke KT.

    ReplyDelete