Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 1 May 2013

Kota Duyong Lama, Kuala Terengganu

Kota Duyong Lama ni terletak di Duyong Kecil, Pulau Duyong. Kira-kira 7 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini perlu melalui jambatan Sultan Mahmud dahulu dan masuk ke simpang Duyong. Untuk lebih mudah mencari Kota Duyong Lama ni, lebih mudah kiranya melalui jalan baru ke Ri-Yaz Heritage dan seterusnya ikut ke perkampungan Duyong. Kota Duyong Lama ni terletak bersebelahan dengan surau.

Masa FF datang ni, pintu pagar berkunci, dan agak ralat sedikit la memandangkan FF datang waktu sepatutnya dibuka. Jadi hanya keadaan luar rumah saja la yang dapat diambil gambar. Tapi maklumat tentang kota ni boleh dibaca pada maklumat yang diletak di luar. 

Kota Duyong ni  mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik mandi, sarung, beranda dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seprti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Bangunan(rumah) ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan dihias ukiran sobek di sekeliling beranda.










Tandas

 

Perigi yang masih ada







No comments:

Post a Comment