Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Sunday 19 May 2013

Pantai Rantau Abang, Dungun

Salah satu pantai yang terkenal di Terengganu ni ialah Pantai Rantau Abang. Pantai Rantau Abang terkenal kerana ia merupakan salah satu tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Pantai ini merupakan salah satu destinasi untuk penyu Belimbing bertelur selain daripada 3 kawasan persisiran pantai Amerika Selatan "Las Baulas".

Rantau Abang terletak 22 km utara dari Kuala Dungun dan 80 km dari Kuala Terengganu. Pantai ini menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dalam negeri malah luar negeri terutama ketika waktu bertelur kira-kira antara bulan Mei hingga bulan Ogos. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang cukup baik cukup kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.

Rantau Abang telah menemui zaman kegemilangannya dahulu. Sekarang akibat pelbagai faktor dan terlalu ramai pengunjung yang mendatang ke tempat ini, pendaratan penyu ke  sini telah berkurang. Malah semakin banyak penyu yang mati, ditambah pula apabila telurnya dijual secara berleluasa untuk dimakan. Ini boleh dilihat kerana sudah jarang penyu mendarat di Rantau Abang akibat faktor alam dan manusia itu sendiri. Jadi sekiranya korang datang ni dapat melihat penyu mendarat, kira sangat bernasib baik la tu...

Papan tanda yang boleh dilihat di jalan utama Kuala Terengganu-Dungun

Tandas awam yang disediakan


Bot-bot nelayan yang tersadai

Di pinggir pantai penuh dengan resort dan rumah tumpangan

Suasana pantai waktu petang



Wakaf untuk berehat

Aliran sungai


Jambatan pejalan kaki untuk ke pantai Rantau Abang hadapan Masjid




No comments:

Post a Comment