Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Thursday 9 May 2013

Rojak Betik, Pasar Magrib Bukit Besar, Kuala Terengganu

Korang tentu pernah makan rojak petis dan "rojak keling"(maaf kat luar ganu FF tak pasti diaorang panggil apa) kan, tapi korang pernah tak makan rojak betik? kalo korang terasa nak cuba sesuatu yang berlainan apa kata korang cuba usha-usha kat Pasar Magrib Bukit Besar yang terletak di Kuala Terengganu ni. Rojak betik ni kalo sekali tengok dan rasa macam laksa pun ada sebab kuahnya merupakan campuran ikan dan lada. Bagi yang tak suka betik atau buah tu, korang boleh je beli kuah sahaja yang dijual berasingan. Botol 500ml(saiz mineral kecik) tu berharga RM5.00 manakala saiz besar RM10.00. Kuahnya memang sedap kalo dicicah dengan keropok keping dan jangan tak tahu ye...rojak yang terletak di Pasar Magrib ni pernah dimakan dan biasanya ditempah semasa majlis tertentu untuk majlis melibatkan pembesar negeri Terengganu ni seperti Menteri Besar dan Sultan Mizan sendiri.


Inilah Rojak Betik

Rojak yang belum dicampur kuah

Kuah

Keropok keping yang sesuai untuk cicah kuah









1 comment: