Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Monday 20 May 2013

Waterfront, Kuala Terengganu

Kuala Terengganu Waterfront merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di Jalan Hiliran di Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Sesuai dengan namanya, semestinya ia terletak di pinggir Sungai Terengganu. Terletak berhampiran Felda Residence dan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) iaitu tempat nelayan memunggah dan memasarkan hasil tangkapan laut. Taman ini berkeluasan 2 hektar dan mula dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006.

Taman Rekreasi ini merupakan salah satu medan selera yang lebih kepada makanan barat dan biasanya dibuka pada lewat petang hingga ke malam. Dengan keindahan panorama di pinggir sungai, ia menjadi salah satu tarikan pengunjung termasuklah bagi aktiviti lain seperti memancing, berjogging dan sebagainya lagi. 

Trademark Waterfront yang cantik kerana boleh bertukar-tukar warna

Menara jam

Cafe Western Food pada waktu malam yang cantik dengan hiasan lampu


Laluan pejalan kaki

Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) yang boleh dilihat


Taman Permainan

Boleh nampak Hotel Felda Residence dari sini






No comments:

Post a Comment