Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Tuesday 2 April 2013

Pulau Warisan, Kuala Terengganu

Pulau warisan merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu. Pulau Warisan adalah sebuah pulau buatan manusia yang telah ditambak dan dihubungkan dengan jambatan. Ia terletak berhampiran pasar Payang dan Chinatown di bandaraya Kuala Terengganu.

Terdapat jambatan ikonik Pulau Warisan yang mirip seperti jambatan di Putrajaya. Tempat ini lebih dikenali sebagai  i-city(seperti i-city Shah Alam) dikalangan penduduk setempat memandangkan suasana yang hampir serupa yang dipenuhi dengan replika pokok tiruan  yang beraneka warna dan disinari lampu LED pada waktu malamnya. Memandangkan ia terserlah kerana lampu-lampu yang pelbagai warna ni maka semestinya ia lebih cantik untuk dinikmati pada waktu malam.

Malah dengan reputasi sebagai kunjungan yang terkenal warga setempat, ia menjadi tempat pelbagai agensi kerajaan dan NGO-NGO bagi mengadakan pelbagai program. Tetapi pada hari-hari biasa ia lebih kepada aktiviti individu seperti barbique, memancing, berkelah dan aktiviti ATV bermotor. Malah setiap tahun masyarakat Cina Terengganu turut mengadakan perayaan  dan festival keagamaan mereka di sini seperti sambutan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung. Untuk kaum Melayu pula, dibuat pertandingan pelita berhias(Ramadhan). Kalo pada waktu malam tu tak tahu ke mana nak pergi FF syorkan sini la tempatnya.


Pelan LOkasi

Lokasi Pulau Warisan tu depan kampung Cina,(no 10). Ada nampak tak kawasan yang warna hijau tu, tu la Pulau Warisan.

    

 

 

                                                  Suasana Waktu Siang


Jambatan

Jambatan untuk penjalan kaki menikmati keindahan dari atas.

Bot nelayan

Terdapat bot-bot tersadai di sepanjang sungai ni.

Pesisir sungai

Bangunan yang kelihatan warna putih sepanjang sungai tu pasar Payang.

Lampu pokok

Permandangan dari gigi sungai.

Lampu-lampu

Pokok banyak tapi tiruan je

Pokok tiruan

Memang penuh dengan pokok-pokok tiruan je kat sini....





                             Suasana Waktu Malam

Pintu masuk

Pintu masuk yang bercahaya dengan corak ukiran awan larat dan bentuk seperti linggi perahu

Jambatan

Jambatan masuk ke pulau Warisan ni. kat bawah tu aliran sungai yang boleh dilalui oleh bot-bot

Jambatan Ikonik

Jambatan ikonik mirip seperti Putrajaya

Aliran sungai

Dari atas jambatan ni boleh nampak aliran sungai di bawah yang boleh disusuri oleh bot-bot.

Permandangan

Permandangan dari atas jambatan yang menghadap ke sungai Terengganu.

Jeti

Jeti kat sini untuk menaiki bot, tapi tak pasti la jeti ni terbengkalai ke untuk orang persendirian je.

Bot tersadai

Bot tersadai tapi tak tahu la ia berguna ke tak atau hanya untuk hiasan semata-mata.

waktu malam

Macamana? cantik kan suasana malam kat sini.

Pokok tiruan

Deretan pokok tiruan yang dipasang lampu LED.


No comments:

Post a Comment