Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 22 May 2013

Taman Lebah, Marang

Taman Lebah Enterprise terletak di Kampung Jambu Bongkok, Marang. Terletak di jalan utama Dungun-Kuala Terengganu. Lebah di sini dipelihara secara semulajadi. Baka lebah yang dipelihara berasal dari Itali dan dibiakkan di Melaka sebelum dihantar ke taman ini. Cuma FF dimaklumkan lebah di sini semakin berkurangan  kerana mati lemas akibat asap kebakaran berhampiran.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat lebah yang diternak di sini malah dapat membeli pelbagai produk berasaskan madu lebah yang bermacam-macam jenis. Madu lebah asli sejenis minuman kesihatan yang menakjubkan sehingga digelar "jus ajaib" atau "jus misteri" kerana kandungan vitaminnya yang luar biasa sehingga mampu mengatasi masalah resdong, darah tinggi, kencing manis, lelah, semput-semput, lemah jantung, sengal-sengal sendi dan beberapa penyakit lain.

Di taman ini pengunjung juga boleh mendapatkan royal jelly (susu lebah) yang mempunyai tindakan antibakteria dan antivirus, menyembuh luka-luka di bahagian dalam badan dalam masa yang singkat dan berkesan untuk awet muda. Taman ini juga menghasilkan propolis iaitu bahan antibiotik asli yang dipungut oleh lebah daripada kelopak bunga, bunga dan pokok. Ia terbukti secara saintifik dapat menghalang jangkitan kuman pada sistem saluran pernafasan, menguatkan daya tahan badan tanpa apa-apa kesan sampingan dan juga boleh menyembuhkan luka, kurap atau gatal-gatal pada badan. Taman berkenaan menghasilkan propolis untuk beraneka kegunaan seperti balm untuk disapu pada badan, propolis madu dan propolis bahan. Jadi kepada yang melalui jalan ni jangan lupa untuk singgah sebentar melihat produk yang dijual disini.

Papan tanda



Add caption

Antara sarang lebah yang terdapat di sini

Produk-produk yang berasaskan madu lebah yang dijual di sini

 

 

 


No comments:

Post a Comment