Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Tuesday 16 April 2013

Pasar Payang & Bazar Warisan, Kuala Terengganu

Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.

Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks dua tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih tradisional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan seperti kain, kedai makan, dan sebagainya. Ia terletak berhampiran dengan jeti bot penambang untuk penduduk pergi ke seberang iaitu seberang takir, dan pengangkutan ini masih lagi popular hingga ke hari ini.

Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan melayu.

Bazar Warisan pula terletak bertentangan dengan Pasar Payang. Bazar Warisan merupakan bangunan dua tingkat yang menempatkan kedai produk ukiran kayu, kain sutera, songket dan cenderamata produk Terengganu. Di atas bazar ini terletaknya tangga untuk ke Bukit Puteri.

Pintu masuk

Pintu masuk utama Pasar Payang

Kain batik lukis

Salah kedai menjual kain batik lukis yang terdapat di Pasar Payang.

Gerai luar

Gerai yang terletak di luar-luar Pasar Payang utama.

Bazar Warisan

Bazar Warisan

Bazar Warisan

Bazar Warisan

Bazar Warisan dari jauh.

Tempat rehat di sepanjang perisisran Sungai Terengganu

Sungai Terengganu

Sungai Terengganu

Wakaf

Wakaf yang disediakan untuk pengunjung berehat

Tangga

Cenderamata yang turut dijual di sini.

Jalan sesak

Jalan yang sesak dengan kenderaan.


No comments:

Post a Comment