Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Saturday 18 May 2013

Pantai Kelulut, Marang

Kalo kat daerah Marang ni, rasa FF tempat yang paling terkenal adalah Kelulut ni. Kalo nak diikutkan daerah Marang memang terkenal sebagai perkampungan nelayan, jadi makanan berasaskan laut memang la segar dan banyak kat sini. Kalo kat Kelulut ni makanan yang berasaskan laut memang tak akan mengecewakan korang kerana kebanyakannya sedap-sedap, dan memang menjadi tempat kegemaran FF la. Eh! nanti la kita cite pasal makan ye, artikel lain, artikel ni pasal pantai Kelulut.. salah page la FF ni, cuma kaitannya tempat makan tersebut dekat je dengan pantai ni...sebelah je. Lokasi ke pantai ni senang je, pasal ia terletak tepi jalan utama Kuala Terengganu-Dungun. Pantai Kelulut ni salah satu pantai kegemaran FF sebab kalo ada pokok kelapa tu memang FF suka sangat la sebab nampak cantik dalam foto. Pantai Kelulut ni menjadi Pekan Budaya daerah Marang sempena tahun melawat Terengganu 2013. Malah tempat ini menjadi aktiviti bersempena Kapas-Marang International Swimathon setiap tahun.


Seperti biasa la sebelum FF sajikan(mentang-mentang sebut makanan tadi) gambar-gambar pantai Kelulut ni, FF nak cite pasal sejarah sikit dan asal usul Kelulut ni, disamping  menikmati permandangan ni biarlah dapat pengetahuan jugak...tak gituu...


Inilah rupa Kelulut tu


Alkisahnya.......
Lebih kurang pada abad ke-18.... satu rombongan pedagang telah singgah dan berehat di bawah sepohon pokok rhu di tepi pantai(pantai peranginan Kelulut sekarang). Rombongan tersebut diketuai oleh Pak We Ya'Ma. Semasa sedang berehat sambil menikmati panorama disitu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan serangga bersayap iaitu Kelulut. Serangga tersebut mengerumuni rombongan tersebut seolah-olah mengalu-alukan kedatangan mereka. Oleh kerana peristiwa tersebut, mereka merasa takjub dan selaku ketua Pak We Ya'Ma telah mengisytiharkan nama tempat tersebut sebagai 'Rhu Kelulut'(asalnya), kemudian lama-kelamaan sehingga sekarang menjadi 'Kelulut' sahaja.

Papan tanda

Papan tanda pantai peranginan ni

Pentas

Pentas utama di sini

Pintu gerbang

Ni bukan wakaf tapi pintu gerbang utama ke pantai ni

Laluan pejalan kaki

Ni landskap laluan pejalan kaki yang dibina di sini, panjang jugak.

Permandangan

Pantai Kelulut dari kejauhan.

Pantai

Cantik kan suasana pantai dengan pepohon kelapa ni....ermm korang layan je la gambar-gambar seterusnya, malas nak add caption.

Permandangan dari pantai
Pepohon
Pokok kelapa
Pokok kelapa
Pohon kelapa
Pesisir pantai

Pulau Kapas

Boleh nampak Pulau Kapas kat sini

Pesisir pantai
Pesisir pantai
Kanak-kanak bermain
Pesisir

Pepohon kelapa

Bangsal perahu

Ni tempat letak perahu kan....tapi macam tak digunakan kat sini, tak tahu la kot untuk hiasan je


Wakaf yang disediakan




1 comment:

  1. sis nak tanye...asal usul kelulut tu mmg betul betul ke?

    ReplyDelete