Berita
terkini dalam persiapan menghadapi pilihanraya, maklumat yang
diberitahu kepada penulis bersumberkan YB Umno sendiri bahawa MB
Terengganu sekarang iaitu Datuk Ahmad Said tiada dalam senarai calon
Umno-BN untuk PRU-13.
PM
sendiri tidak berkehendakkan Mat Said lagi. Kita pun sedia maklum
bagaimana Mat Said telah menconteng arang ke muka Umno-BN dan kepimpinan
mereka apabila krisis perlantikan MB Terengganu dahulu. Apatah lagi
dengar-dengar khabar bahawa pihak istana sendiri pun sudah tidak
berkenan dengan perangai dan sikap ‘cerdik do’oh lalu” MB sekarang.
Sejak
rebahnya Derih Jusoh daripada kerusi empuk jawatan MB Terengganu maka
bermulanya perang yang tidak berkesudahan antara Team Utara & Team
Selatan ini. Dua group yang saling bertentangan dan saling bertewas.
Ianya bukan rahsia lagi bahkan perbalahan ini secara terang-terangan dan
tiada ubat untuk penyelesaian maupun ada kesudahannya. Ianya selesai
depan wartawan maupun duduk dihadapan pimpinan. Datuk Mat Said dengan
team veterannya dan Idris Jusoh dengan team barunya.
Baru-baru
ni semasa PM Najib datang ke Marang, ingatkan sekadar nak bahagikan
BR1M kepada rakyat tetapi rupanya untuk mengubat penyakit yang dah
semakin membarah. Masing-masing team dah siap untuk cah keting
masing-masing. Kita pakat-pakat tengoklah nanti. Bahkan dikatakan bahawa
takkan berlaku p’raya melainkan Najib akan turun sekali ke Terengganu.
Dalam
dok masing-masing memperkukuhkan kuku & taring masing-masing,
timbul pulak 4 nama calon MB Terengganu yang baru. Sekarang ini bukan 2
team sahaja yang bertempur tetapi kini sudah berpecah 4 team.
Masing-masing dok menaruh angan-angan bahawa merekalah bakal MB. Para
YB2 iaitu Awang Tera - Kemaman, Yahya Khatib – Marang, Rahin Telok Pasu
dan Razif Seberang Takir.
Masing-masing
dok perkemas jentera. Kini amat rancak pertemuan demi pertemuan untuk
mengukuhkan team masing-masing. Dahulu mereka takut untuk derhaka kepada
PM… takut 'tulah' tetapi setelah contoh dan qudwah yang dibuat oleh Mat
Said merampas jawatan MB dahulu, kini timbul keberanian bagi 4 orang
ini menyingsing lengan.
Bab
kata Ibrahim Pendek dalam penyamun tarbus... "Jom!.. Kita tengok sapa
yang kenaaa" !!! itupun kalau BN boleh mengekalkan kuasa di Terengganu.
Tetapi kalau benar nama Mat Said pun tak tersenarai, bagi pandangan
penulis… takkan Mat Said nak biarkan sahaja. Lama mana perturunkan ilmu
daripada harimau dan binatang yang buas-buas dari Zoo beliau di Kemaman.
daripada berputih mata, baik bakar kapa sekali.
Pernah
Idris jusoh nak menyingkirkan nama Mat Said dari menjadi calon
akibatnya deris Jusoh yang terpelanting. Adakah kali ini Mat Said boleh
memecahkan rekod kali ke-2? Adakah semua empat2 calon MB akan
terpelanting dek Mat said… atau salah buat Umno-BN yang akan
terpelanting dalam Pru-13 nanti.
No comments:
Post a Comment