Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Showing posts with label Penginapan. Show all posts
Showing posts with label Penginapan. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu

Salah satu lagi  penginapan yang terletak di Ladang. Berdekatan dengan tempat yang menarik di Terengganu seperti Pantai Batu Burok, Pasar Payang, Bukit Puteri. Untuk Datang ke sini ikut arah bulatan Batu Bersurat ke Ladang, dalam 500 meter belah kanan jalan. Untuk maklumat lanjut sila klik sini

Dari jauh


Dari jauh





Promosi di Tanjong Cafe

Pakej yang ditawarkan





Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

Salah satu penginapan untuk korang yang berminat nak tercari-cari hotel yang sesuai tu, ni salah satu hotel yang terdapat di Kuala Terengganu. Hotel ni terletak di Ladang. Kira bandar Kuala Terengganu la dan berdekatan dengan tempat menarik seperti Pantai Batu Burok, Pasar Payang, Istana Maziah. Malah dari hotel ni boleh menyaksikan Laut China Selatan. Untuk maklumat lanjut boleh la klik sini

 

Dari jauh


Promosi terkini











Wednesday, 8 May 2013

Terrapuri Heritage Village, Setiu

Jika korang singgah ke pantai di Kampung Mangkok, Penarik pasti akan perasan sebuah resort yang bercirikan perkampungan melayu tradisional Terengganu yang terletak bersebelahan dengan pantai. Resort ini dinamakan Terrapuri yang bermaksud "Tanah Raja". Terrapuri merupakan binaan rumah yang diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh

Terrapuri mempunyai keluasan 4 hektar. Lokasi ini terletak kira-kira 50 km dari Kuala Terengganu dan 21 km dari Permaisuri Setiu. Untuk datang ke sini lebih mudah melalui jalan lama(Jalan Pantai). Untuk maklumat lanjut boleh la klik disini

Papan tanda di pintu hadapan yang unik


Jalan tidak berturap...Jalan mati yang dipenuhi dengan pohon kelapa
















Friday, 26 April 2013

Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu

Salah satu hotel yang terletak di tengah bandar sesuai dengan namanya iaitu YT Midtown Hotel. Terletak di Jalan Tok Lam sederet dengan bangunan yang menempatkan kedai-kedai, sambil menginap tidur tu..boleh la shoping sekali...ye tak... nak tahu lebih lanjut klik sini

Suasana malam


Bangunan hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya.

 

 

 

 


Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu

Haa bagi mereka-mereka yang berhasrat mencari penginapan yang murah dan selesa tu apa kata cuba hotel ni, pasal FF dapat tahu tengah ada promosi sekarang ni.. Maklum la hotel baru buka. Baru je dibuka pada 15 April 2013 baru-baru ni. Ikut arah ke Masjid Zainal Abidin ((Masjid putih), sebelah je) dan terletak memang betul-betul di tengah pusat bandar Kuala Terengganu, berhadapan dengan Stesen Bus Kuala Terengganu, memang sesuai la kalo yang datang naik bus tu... Hotel ni merupakan hotel wakaf pertama kat Terengganu yang berkonsepkan islamik dan merupakan hotel dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Untuk maklumat lanjut boleh la buka facebook dia ye...
http://www.facebook.com/pages/Grand-Puteri-Hotel/500154480050413

 

Dari arah Masjid Zainal Abidin


Banner sempena pembukaan


Senibina bercirikan islam




Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu

Salah satu hotel yang boleh korang menginap di Kuala Terengganu ni ialah Hotel Felda Residence yang terletak di Kuala Terengganu. Ia terletak di pusat bandar, iaitu di jalan Pulau Kambing, terletak di pesisiran sungai Terengganu pastinya menjanjikan panorama yang menarik. Lokasinya berdekatan dengan Kampung Cina, Waterfront(sebelah je). Kalo rasa nak menginap disini cuba la usha-usha websitenya yer kat sini klik   






Hotel yang terletak di pinggir Sungai Terengganu

Dari Waterfront(salah satu taman awam di Kuala Terengganu)

Pintu hadapan


Promosi..Zoom ler...




Saturday, 20 April 2013

Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Kuala Terengganu


Memandangkan bosan duk kat rumah, jadi FF pergi le ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa ni untuk berjalan-jalan sambil cuci-cuci mata sikit tengok orang berlatih kapal layar tu.. Lokasi ni di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Nak datang ke sini kena lalu ikut jambatan Sultan Mahmud dulu la.....pastu ada papan tanda ke Pulau Duyong nanti, kena la ikut jalan bawah jambatan tu  nanti, maklum la pulau kan. Lokasi Resort ni memang cantik  dan strategik kerana berada berdekatan dengan muara sungai Terengganu, malah dari Pasar Payang atau bandar Kuala Terengganu kita dah boleh nampak, kalo malam lagi la cantik dengan kelipan pokok lampu yang bercahaya sepanjang sungai resort ni. Di tambah pula ciri-ciri resortnya yang lebih berunsurkan tradisional dan kemelayuan dengan binaan kayu. Malah resortnya selesa dan privasi kerana terletak berjauhan antara satu sama lain. Jika nak tahu lebih lanjut tentang resort ni klik link ni ye  http://www.ri-yazheritage.com

Seperti biasa jom layan gambar-gambar yang FF sempat ambil di sekitar ni,

Jambatan ke restoran bersebelahan


Bot

Kapal layar yang memutih di air.



Spa yang menggunakan binaan kayu-kayuan

Sembunyi Spa

Pelan Lokasi




Ballroom Cindai yang bercirikan tradisional


Pintu hadapan untuk ke lobi