Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Sunday 31 March 2013

Kenali Bendera dan Jata Negeri Terengganu

Setiap Negara bahkan negeri pasti mempunyai bendera dan Jata Negeri masing-masing untuk melambangkan identiti negeri, tak terkecuali juga dengan Negeri Terengganu Darul Iman ini. Setiap pemerintahan raja berpelembagaan perlu mempunyai identiti sendiri kerana ia melambangkan kedaulatan dan kemakmuran sesebuah negeri tersebut. Jom bersama FF mengenali bendera negeri Terengganu dan memahami maksud disebaliknya…

Bendera Terengganu

Bendera negeri Terengganu hanya mempunyai dua kombinasi warna sahaja iaitu putih dan hitam. Setiap warna dan bentuk ada maksud tersirat, jom kita tengok dan selongkar maksud tersirat bendera Terengganu ni…

Latar Belakang pertama atau ‘frame’ yang berwarna putih tu bermaksud D.Y.M.M Sultan. Manakala warna latar kedua yang terletak di belah dalam iaitu hitam bermaksud rakyat. Oleh itu dapat kita simpulkan maksud di sini bahawa Sultan adalah memberi  perlindungan kepada seluruh rakyat Terengganu.  Lambang bulan dan bintang tu pula menandakan agama rasmi negeri Terengganu adalah Islam.

Jata Negeri Terengganu

Jata Negeri Terengganu

Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar negeri ini.

Menurut sejarah, pelukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim yang merupakan saudara kepada Dato’ Nara Wangsa (Dato’ Mata-Mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.

Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu 'Jawatan Kerajaan Terengganu'. Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah ditambah cokmar dan perkataan 'Jawatan Kerajaan' dihapuskan manakala perkataan 'Terengganu' dikekalkan.

No comments:

Post a Comment