Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 3 April 2013

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Terengganu

Masjid Tengku Tengah Zaharah terletak di Kuala Ibai. Masjid ini terletak kira-kira 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Lebih dikenali sebagai dengan nama "Masjid Terapung" memandangkan ia dibina di atas permukaan air dan dilihat seolah-olah terapung. Dihubungkan dengan jambatan pada sisi kiri dan kanannya, keindahan dan keunikan berbanding dengan masjid lain ini telah menjadikannya sebagai salah satu masjid yang popular di Malaysia.

Masjid Tengku Tengah Zaharah dinamakan sempena bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini mula dibina pada September 1991 dan siap pada pertengahan 1994 dan bernilai kira-kira RM6.997 juta. Projek ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dan direkabentuk oleh arkitek kelahiran Terengganu terkenal iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan senibina tempatan.

Berkeluasan 1,372 meter persegi dan menaranya setinggi 30 meter, terdapat sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air sedalam 1.5 meter, dan mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 buah kenderaan.

Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan dan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang. Masjid ini juga menjadi kawasan yang popular terutamanya untuk fotografi memandangkan suasananya yang cantik terutama ketika matahari terbenam.

Pintu gerbang

Pintu gerbang ke masjid Tengku Tengah Zaharah yang terletak betul-betul dekat simpang empat jalan besar. Belah kanan kalo dari jalan Marang hala Kuala Terengganu.

gerai jualan

Terdapat gerai jualan cenderamata di laman depan utama, bersebelahan tempat parking.

Jambatan

Jambatan yang merupakan laluan untuk ke masjid.

Jambatan

Jambatan pada sisi kanan dan kiri masjid.

Tasik

Tasik yang banyak terdapat ikan kat dalam tu.

Kepah?

Ni apa ntah, macam kepah je, banyak melekat kat batu-batu ni.....

Memancing

Tasik ni menjadi salah satu tumpuan kaki pancing sebab ikannya boleh tahan banyak dan besar-besar.


Banyak jugak FF ambik gambar sekitar masjid ni, memandangkan rasanya semuanya cantik dan tak tahu nak pilih mana satu, jadi share semua la, nanti pilih sendiri la ye....memang tempat ni menjadi tumpuan fotographer pun...terutama waktu senja, memang cantik sangat! tak caya ke?....korang layan la gambar-gambar yang FF ambik ni, tapi mungkin tak secantik profesional la....kamera pun murah je....huhuhu

Posisi depan

Posisi depan masjid


Posisi depan

Posisi depan jugak


Posisi tepi

Posisi tepi dan seterusnya


Posisi tepi

Posisi tepi

Posisi tepi

Posisi tepi

Posisi belakang

Waktu senja

Panorama waktu matahari terbenam


Panaroma senja

Waktu senja

masjid terapung

Celah lalang

Indahnya









1 comment:

  1. Saya suka post anda cuma satu aje. kebanyakan posts tempat-tempat menarik ini anda tidak sertakan cara bagaimana hendak tuju ke tempat2 ini terutama jika naik pengangkutan bas awam samada naik bas bandar, tempat lokasi bas dan juga harga tambang bas.

    ReplyDelete