Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Saturday 6 April 2013

Murid Lemas Akibat Pasir Jerlus

kanak-kanak lemas

Norizati dan seorang penduduk, Ibrahim Shafie melihat lokasi yang meragut nyawa Nor Aina Nabila, petang kelmarin. Gambar kecil : Nor Aina Nabila

 
SETIU - “Mak cik tenggelam dua kali tetapi masih mampu menolak badannya ke permukaan air supaya terapung. Namun, kali ketiga, pegangan itu terlepas dan cucu makcik tidak lagi kelihatan kerana makcik sendiri dihanyutkan arus pusaran air sehingga ke tebing," cerita Gayah Mat Sin, 52.
Gayah merupakan nenek kepada Nor Aina Nabila Abdullah, 7, yang dipercayai lemas setelah terjerlus dalam sungai terletak kira-kira 200 meter di belakang rumahnya di Kampung Padang Muar, di sini, ketika sedang mandi-manda sekitar jam 6.30, petang kelmarin.

Mayat murid Sekolah Kebangsaan Sungai Tong itu hanya ditemui kira-kira jam 9.25 pagi semalam oleh anggota penyelamat dan orang awam lebih 200 meter daripada tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Setiu.

Menurut Gayah, kejadian berlaku sekelip mata itu juga hampir meragut nyawanya serta tiga yang lain termasuk anak bongsunya, Norizati Aziz, 18, serta dua anak jirannya berumur 8 dan 11 tahun kerana mereka juga hampir lemas dihanyutkan arus sungai setelah terjerlus.

“Selepas selesai solat Asar, Nabila (mangsa) beria-ia mengajak mandi di sungai walaupun makcik memberitahu ingin mandi dan berkelah bersama ahli keluarga lain pagi ini (Jumaat). Melihat dia merengek-rengek hendak pergi, makcik turuti kemahuannya.

“Anak bongsu makcik serta dua anak jiran juga turut bersama-sama kami. Kami tiba di kawasan sungai sekitar jam 5.30 petang dan ketika itu Nabila kelihatan begitu gembira sehinggakan dia berlari-lari menuju ke sungai.

“Lebih setengah jam mandi-manda, makcik mengajaknya pulang tetapi Nabila memberitahu dia belum puas lagi. Sebelum pulang, sambil berpegangan tangan, kami berjalan dalam sungai yang paras airnya sekitar paras lutut sebelum ke tebing.

“Tiba-tiba, kami terjerlus. Makcik turut tenggelam tetapi masih memegang tangan Nabila. Kali ketiga tenggelam, dia terlepas. Makcik, Norizati serta anak jiran berusia 8 tahun di bawa arus ke tebing, manakala Fikah, 11, hanyut ke tebing sebelah sana,” katanya.

Tambah  Gayah, dia tidak menyangka sikap Nabila yang begitu beria-ia mengajaknya mandi di sungai rupanya petanda cucunya itu akan pergi buat selama-lamanya. Malah, dia begitu berselera menikmati ais krim beberapa jam sebelum ke sungai.

“Nabila ini anak sulung daripada tiga beradik. Dia begitu rapat dengan makcik dan setiap hujung minggu, pasti dia akan datang ke rumah makcik ini. Tidak sangka, ini kali terakhir dia datang ke mari.

“Sebulan kebelakangan ini, Nabila sering memberitahu perihal mati sehingga dia pernah menangis ketakutan sekiranya dia mati serta dimurkai ALLAH SWT. Namun, saya memujuknya ALLAH SWT tidak akan marah sekiranya kita semua sembahyang dan mengaji," katanya.



p/s : Banyak la berita pasal budak lemas di Terengganu ni sejak akhir-akhir ni....Sekarang memang musim panas, FF duk kat rumah pun macam dah berasap, jadi memang ramai mengambil kesempatan bermain air tapi nasihat FF buat ibubapa tu  berhati-hati la pastikan tahu kemana anak anda pergi tu, beringat sebelum kena. tak gitu.....



 

No comments:

Post a Comment