Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Tuesday 2 April 2013

Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu

Muzium Negeri Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala Terengganu  dan berada di persisiran sungai Terengganu, kira kalo datang ke Losong ni, ia terletak paling hujung la. Muzium yang berkeluasan 27 hektar ni adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan banyak menyimpan khazanah warisan bumi Terengganu dan yang paling terkenal di sini tentulah Batu Bersurat, satu-satu bukti kedatangan Islam di Tanah Melayu sejak abad ke 14 lagi.

Kompleks Muzium ni terdapat dua bahagian iaitu bahagian dalam(indoor) dan luar(outdoor). Setiap bahagian ini dibahagikan pula kepada beberapa galeri supaya memudahkan pelancong. Khazanah yang paling banyak dipamerkan disini adalah yang berkaitan dengan aktiviti utama rakyat Terengganu iaitu perikanan dan pelayaran dan ia dibina dan dipamerkan pada bahagian luar kompleks utama Muzium ni. Memang penat juga nak menjelajah semua bahagian Muzium ni sebab tersangat la luas tapi untuk kemudahan pelancong sebuah Tram turut disediakan di sini untuk meninjau kompleks bahagian luar. 

Bahagaian dalam kompleks
- Galeri Tekstil
- Galeri Diraja
- Galeri Kraf
- Galeri Senjata
- Galeri Petroleum
- Galeri Sejarah
- Galeri Islam
- Galeri Ilmu kejadian

Bahagaian luar kompleks
- Galeri Pelayaran & Perdagangan
- Galeri Perikanan & Taman Laut
- Pada bahagian luar juga terdapat Rumah Tradisional (asal tetapi dibina semula).
- Kenderaan lama.

Dengan keindahan binaan dan senireka muziumnya yang unik dan berseni, landskap yang dihias cantik dan terletak pula di persisiran sungai, ia menambahkan lagi kemegahan dan kemasyuran Muzium ini, dan merupakan salah satu tempat yang paling kerap  dikunjungi pelancong ketika datang ke Terengganu.


Pintu masuk ke Muzium Negeri Terengganu yang sedikit berbukit. Khas untuk masuk sahaja, keluar pintu lain.

Kompleks Utama

Muzium Terengganu merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara.

Pintu masuk kompleks utama

Ini tangga untuk ke pintu masuk kompleks utama.. Macam-macam barang ada kat dalam tu, termasuklah Batu Bersurat, tapi maaf la dilarang membawa kamera kat dalam.....

Senibina

Senibina muzium yang menerapkan ciri-ciri tradisional bangunan masyarakat Terengganu yang menonjolkan kesenian ukiran.

Pelan lokasi

Pelan lokasi yang disediakan untuk memudahkan pengunjung dan pelancong.

Kereta Sultan

Kereta dari jenis Cadillac Limousine ini dibuat khas oleh General motor di Amerika(USA) bagi kegunaan Almarhum D.Y.M.M Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah pada tahun 1981. Ia digunakan secara rasmi semasa pemerintahan D.Y.M.M Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah(1979-1998) untuk ke majlis-majlis rasmi dan ketika berangkat menunaikan sembahyang Jumaat


Kereta kebal

Kereta perang@ kereta kebal.

Add caption
Add caption

Budaya

Kebetulan masa pergi hari tu ada program Rampai Budaya, dapat la tengok dan dengar muzik tradisional ni.

Landskap air terjun

Ada landskap air terjun buatan kat sini,  tengok je.. mandi takleh tau.

Kolam ikan

Kolam yang terdapat disini, penuh dengan ikan kat dalam tu, kalo nak bagi ikan makan pun boleh, makanan ikan pun ada dijual kat bawah bangunan tu

Kapal

Antara perahu besar  yang ada di bahagian luar muzium ni. Boleh naik atas kalo nak tengok.

kapal

Ini yang ke-dua yang ada di bahagian luar juga.

Perahu Jokong

Perahu Jokong. Perahu jokong ini merupakan perahu yang terawal digunakan oleh masyarakat pinggir pantai untuk aktiviti di laut. Perahu ini diperbuat daripada sebatang kayu yang berukurlilit besar.

Perahu Kulit

Perahu Kulit. Perahu kulit kayu banyak digunakan oleh masyarakat pendalaman terutamanya orang asli. Perahu ini diperbuat daripada kulit kayu Meranti dan diikat bilah-bilah rotan. Kebiasaannya digunakan untuk menyusur dan menyeberangi sungai.

Perahu Buatan Barat

Perahu Buatan Barat(Payang Besar). Mempunyai corak dekoratif yang berwarna-warni, ini dipercayai adalah kesan daripada pengaruh masyarakat petani.Pada masa dahulu perahu ini banyak digunakan oleh para nelayan daripada daerah Besut hingga ke Patani.

Rumah Bujang Berserambi Berselasar

Ini Rumah Bujang Berserambi Berselasar. Asal rumah ini dibina pada tahun 1855 oleh anak-anak murid Syeikh Abdul Kadir Kolam untuknya. Ia dibina semula oleh Muzium Negeri Terengganu pada tahun 1997. Ruang hadapan rumah ini berfungsi untuk mengajar mengaji, menjahit pukat dan sebagainya. Dinding rumah dihiasi dengan ukiran dan lubang angin.

Rumah Nelayan

Ini adalah contoh rumah para nelayan, kebanyakan rumah-rumah dulu menggunakan atap nipah, manakala dindingnya dianyam dengan buluh. Kreatif dan cantik kan!.

Rumah Limas Belanda

Rumah Limas Belanda ini dibina pada zaman pemerintahan Al Marhum Zainal Abidin III. Tapak asalnya terletak di Jalan Kota Lama Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Bakul rotan besar

Bakul ini berada di Rumah Bujang Berpeleh. Rumah Bujang Berpeleh memang terkenal dengan anyaman, hinggakan dinding rumah pun dianyam. Tapi kegunaan bakul besar ini, FF tak pasti la pulak untuk apa.

Galeri Perikanan

Ini Galeri Perikanan, maklum la Terengganu terkenal dengan aktiviti perikanan. Galeri ini terletak di hujung kawasan Muzium ni.

Ukiran Perahu

Contoh-contoh ukiran yang digunakan pada perahu.

Alatan Nelayan

Alatan-alatan para nelayan untuk digunakan semasa di laut.

Jala dan pukat

Ini pula pukat atau jala yang nelayan gunakan untuk menangkap ikan.

Nakhoda

Ini adalah model Nakhoda Perahu Besar. Nakhoda ini mesti la orang berpengalaman dan tahu selok-belok pelayaran serta berkebolehan di dalam urusan perdagangan.

Pakaian

Ni pula contoh pakaian mereka yang terlibat dengan aktiviti perikanan termasuklah pemilik bot dan awak-awak bot.

Model bot

Model-model bot dan perahu yang di Terengganu

 

 

Untuk maklumat lanjut boleh la klik website rasmi Muzium Negeri Terengganu ni....www.museum.terengganu.gov.my

Nampak tak kaler hijau tu....tu la letaknya Muzium ni





4 comments:

  1. Gambar timba air telaga kat surau tak ada..:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada   
      allah s,w,t
      dan terimah kasih banyak aki atas bantuan nomor togel nya,yang aki berikan,singapura.4D,(3849) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
      sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll 082-313-336-747
      insya allah anda bisa seperti saya menang togel 275
      juta, wassalam.
      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri,
      Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/Gaib:
      butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: 082313336747
        KLIK DISINI
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747
        KLIK DISINI INfO PESUGIHAN PUTIH
      Ada Juga Jenis Pesugihan Dana Ghaib, Pesugihan Uang Balik, Pesugihan Sewa Tuyul Dari Mesir&Nomor Togel, Dll,
      Angka Ghaib; Singapura
      Angka Ghaib; Hongkong
      Angka Ghaib; Toto malaysia
      Angka; Ghaib; Keputusan Magnum
      Angka; Ghaib; Kuda Lari
      Angka Ghaib; Kambodia
      Angka Ghaib; Sydney
      Angka Ghaib; Laos

      Delete
  2. apakah nama perahu besar yang pihak muzium buat pemuliharaan terhadap perahu tersebut

    ReplyDelete
  3. salam..boleh tak saya gunakan gambar2 tuan dalam buku pendidikan ttg perahu tradisional?

    ReplyDelete