Sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 kerajaan negeri akan
menganjurkan Pesta Terengganu Dishes (masakan ketam nipah, lobster dan
udang ketok) bertempat di Kedai Manggi Ketam Kubang Jela, Manir pada 13
April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.
Sepuluh kumpulan secara berpasangan bakal mengambil bahagian dalam pertandingan memasak ketam yang menawarkan hadiah lumayan.
Johan pertandingan memasak akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,300.00, naib johan RM1,000.00, ketiga RM800.00 dan saguhati di tempat keempat hingga kesepuluh akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00
Matlamat program ini adalah untuk mempromosikan Kuala Nerus khususnya dan Negeri Terengganu amnya sebagai hub masakan lobster dan ketam yang terbaik dan termurah di Malaysia.
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan seni tradisi dan warisan serta mempunyai pelbagai makanan tradisional dan makanan laut, Terengganu dilihat berupaya menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara sebagai destinasi pilihan untuk mereka kunjungi.
No comments:
Post a Comment