Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Tuesday 2 April 2013

Pokok Chengal Besar, Dungun

Kali ini FF nak cerita pasal salah satu tempat yang menarik dan ekstrem untuk dikunjungi di Terengganu. Lokasi ini terletak di "Hutan Simpan Pasir Raja", Dungun yang jauhnya kira-kira 30 Km dari Bandar Muktafi Billah Shah. Apa yang FF nak bawak korang adalah menjejak Pokok Chengal terbesar di dunia dan tertua di Malaysia yang masih hidup subur di gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun. Iaitu lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut. Ia dijumpai pada tahun 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad.

Pokok chengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok chengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iaitu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun.

Pokok chengal (Neobalanocarpus heimii) ialah sejenis pokok kayu keras yang popular. Kawasan taburan semulajadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Pokok chengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain. Ianya tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar. Kayu chengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram permeter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semulajadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok chengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Di Malaysia, pokok chengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok chengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Papan arah

Untuk ke Hutan Simpan Pasir Raja, kita boleh mengikuti dari arah Ajil atau Bandar Muktafi Billah Shah(30km).

Papan tanda

Papan tanda ke Pokok Chengal Besar

Pokok Besar Chengal

Inilah pokok chengal terbesar di dunia tu.

Saiz

Bayangkan saiz manusia dengan pokok chengal tu, ukur lilitnya lebih kurang memerlukan 13 orang dewasa memeluknya.


1 comment:

  1. assalam..mohon kebenaran copy gambar untuk promosi kawasan pelancongan

    ReplyDelete