Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Sunday, 31 March 2013

Bendera Daerah Negeri Terengganu


Peta Daerah Terengganu

Peta Daerah Negeri Terengganu


Setiap daerah mempunyai bendera  yang sama dari segi rupa dan bentuknya, melainkan warnanya saja yang berbeza yang merupakan identiti setiap daerah. Jom kita pastikan mana satu bendera daerah kita…  

Terengganu

Daerah Besut

 

Terengganu

Daerah Dungun

 

Terengganu

Daerah Hulu Terengganu

 

Terengganu

Daerah Kemaman

 

Terengganu

Daerah Kuala Terengganu

 

Terengganu

Daerah Marang

 

Terengganu

Daerah Setiu




Kenali Bendera dan Jata Negeri Terengganu

Setiap Negara bahkan negeri pasti mempunyai bendera dan Jata Negeri masing-masing untuk melambangkan identiti negeri, tak terkecuali juga dengan Negeri Terengganu Darul Iman ini. Setiap pemerintahan raja berpelembagaan perlu mempunyai identiti sendiri kerana ia melambangkan kedaulatan dan kemakmuran sesebuah negeri tersebut. Jom bersama FF mengenali bendera negeri Terengganu dan memahami maksud disebaliknya…

Bendera Terengganu

Bendera negeri Terengganu hanya mempunyai dua kombinasi warna sahaja iaitu putih dan hitam. Setiap warna dan bentuk ada maksud tersirat, jom kita tengok dan selongkar maksud tersirat bendera Terengganu ni…

Latar Belakang pertama atau ‘frame’ yang berwarna putih tu bermaksud D.Y.M.M Sultan. Manakala warna latar kedua yang terletak di belah dalam iaitu hitam bermaksud rakyat. Oleh itu dapat kita simpulkan maksud di sini bahawa Sultan adalah memberi  perlindungan kepada seluruh rakyat Terengganu.  Lambang bulan dan bintang tu pula menandakan agama rasmi negeri Terengganu adalah Islam.

Jata Negeri Terengganu

Jata Negeri Terengganu

Jata atau Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman yang ada sekarang telah diwujudkan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III hasil ciptaan beberapa orang pembesar negeri ini.

Menurut sejarah, pelukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim yang merupakan saudara kepada Dato’ Nara Wangsa (Dato’ Mata-Mata) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.

Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu 'Jawatan Kerajaan Terengganu'. Pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah ditambah cokmar dan perkataan 'Jawatan Kerajaan' dihapuskan manakala perkataan 'Terengganu' dikekalkan.

Bukit Besar, Kuala Terengganu

Tempat menarik di Kuala Terengganu yang mula-mula sekali FF nak ceritakan ni ialah tempat tinggal FF sendiri iaitu Bukit Besar. Yelah kalo tak promosi tempat sendiri sape lagi la kan. Mungkin ada yang tak pasti lagi kat mana lokasi Bukit Besar ni kan. Kalo dari arah jambatan Sultan Mahmud tu pasti korang akan perasan atau akan ternampak perkataan "Allah Peliharakanlah Terengganu". Kalo waktu malam tu lagi la akan perasan sebab dari jauh lagi akan nampak tulisan bercahaya lampu merah. 

Sebenarnya kat atas Bukit Besar ni tak ada apa pun cuma terdapat stesen pencawang telekomunikasi dan pusat kawalan komunikasi. Kalo kat tempat FF tinggal ni siaran TV memang ler jelas bebenor maklum la dekat sesangat. Bukit Besar ni jugak salah satu tempat bagi pencerapan melihat anak bulan untuk mengetahui tarikh bermulanya bulan Ramadhan(puasa) dan bulan Syawal(raya). Walaupun bukit ni khas untuk urusan terutama telekomunikasi tapi tidak bermakna ia ditutup untuk orang awam kecuali tempat-tempat tertentu sahaja atas faktor keselamatan jugak la kan.
 
Bukit Besar bukanlah tempat pelancongan utama tetapi menjadi pilihan ramai pengunjung untuk mereka melakukan aktiviti riadah terutama  mengayuh basikal, berjogging dan mendaki. Yelah nama pun bukit mesti la tinggi kan, sape ler sanggup panjat. FF pun rasa macam nak pengsan sebelum berjaya sampai ke puncak tu maklum la dah lama tak mendaki tapi percayalah cakap FF bila sampai je kat atas tu segala penat lelah akan hilang bila dapat menikmati permandangan yang cantik di sini. Seluruh bandar Kuala Terengganu dapat dilihat dengan jelas.. dan terasa bertapa besarnya kebesaran Tuhan. Terpesona sekejap..... 

Tapi FF bermurah hati nak kongsikan dengan semua terutama yang tak pernah sampai-sampai tu, dan tertanya-tanya macam mana ler keadaan kat atas tu ye.. jom kite mendaki sama-sama sekarang......tengok apa yang ada..jommm

Kalau datang dari arah jambatan Sultan Mahmud pasti dari jauh dah nampak bukit ni. Ni lah Bukit Besar. Kalo tak nampak jugak tak tahu nak cakap apa lagi laa....

ari atas jambatan Sultan Mahmud dah nampak tulisan berlampu ni

Papan tanda

Papan tanda dari jarak dekat pada waktu siang. Kat papan tanda tu ada tempat lapang kalo penat mendaki boleh la rehat sebentar sambil menikmati pemandangan .

Permandangan

Separuh mendaki, boleh melihat permandangan bandar Kuala Terengganu arah utara ni....

Permandangan

'Zoom' sikit... nampak bangunan yang sedang rancak dalam pembinaan.

Pencawang

Terdapat pencawang telekomunikasi kat atas ni....boleh tengok kat luar jee lah ,tak leh masuk pun.

Permandangan sawah padi

Pemandangan arah barat dari puncak, nampak menghijau hamparan  sawah padi (lalang kot!)

Laluan arah hutan

Kalo tak puas lagi nak tengok pemandangan  jelas bandar Kuala Terengganu ni, kena la turun sikit ikut laluan ni, kena hati-hati sikit la.

Permandangan

Dari atas ni dah nampak bandar Kuala Terengganu arah timur menghala ke laut.

Permandangan

Hahh dah sampai kat kawasan lapang nim. Fuhh cantik sangat dapat tengok pemandangan dengan jelas.

Kawasan Lapang

Peace yo! Saya dah berjaya tawan Bukit Besar ni... anda bila lagi!

Permandangan

Pemandangan bandar Kuala Terengganu. Boleh nampak seluruh Kuala Terengganu.

Laluan

Dah puas nikmati panorama kena turun la pulak! turun takde la penat sangat, kejap je dah nak sampai tapi kena hati-hati la turun bukit, kasut FF pun sampai tercabut tapak..nasib laa pakai tadi tak sempat periksa dulu.

Riadah

Masa sampai kat bawah ni, orang baru ramai yang datang, yang bawa keluarga dan anak-anak pun ada.