Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday 10 April 2013

Kampung Cina @ China Town, Kuala Terengganu

Kampung Cina atau pun lebih dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Chinatown, seperti namanya, ia merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15 lagi, di mana ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini. Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu pernah memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod juga menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He di antara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Pengembara China,‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.


Penempatan dan kedai tradisional di kawasan ini memang direka dan dibina mengikut tempat asal kaum cina seperti Tanah Besar China, dan bangunan ini memang ke hari ini dikekalkan kerana telah diwartakan sebagai tapak warisan UNESCO Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah Program Watch Monumen bagi memastikan pengindahan dan pemeliharaan warisan ini pra-kolonial yang ketara. Kerana itulah kita akan mendapati kawasan kampung Cina ini masih lagi perkampungan tradisional walupun hakikatnya ia terletak di tengah bandar dan dikelilingi bangunan-bangunan yang baru. Malah kampung Cina hingga ke hari ini masih lagi sibuk dan maju dengan aktiviti perniagaan yang memang sebati dengan kaum ini, pelbagai barangan boleh didapati disini seperti kedai cenderamata, restoran, kedai runcit, elektronik di samping terletaknya tokong tertua di Terengganu iaitu Ho Ann kiong yang dibina sejak tahun 1800-an lagi(ditambahbaikan selepas itu beberapa kali). Kaum Cina di sini juga telah hidup harmoni dengan majoriti orang Melayu di negeri ini. Malah setengah budaya dan warisan tempatan mereka amalkan termasuklah fasih berbahasa melayu dengan loghat Terengganu dan mengamalkan makanan tradisional kaum melayu. Beberapa pembaikan di kampung ini dilakukan seperti menghiasi lorong-lorong dengan mural, dan terdapat Lorong kenangan Payang atau Memory Lane yang memaparkan tokoh-tokoh bangsa cina yang berjaya memegang tampuk tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu. Di lorong ini juga terdapat Lorong Penyu, dimana sepanjang lorong tersebut pelbagai maklumat dan nasihat penjagaan penyu ditampalkan bagi memelihara kepupusan haiwan ini. Selain itu terdapat Lorong Mesra Alamyang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau manakala Lorong Warisan Dunia dipaparkan maklumat-maklumat menarik mengenai pelbagai tempat menarik diseluruh dunia seperti Taj Mahal, Machu Picchu dan sebagainya. Di Lorong Tau Kay Wee Sin Hee mengandungi pelbagai signboard, pondok telifon lama dan lesung batu. Letih jugak nak terokai  semua ni, ada yang  FF tak sempat terokai dan sesetengah lorong sedang ditutup dan dalam proses pembaikan, nanti berkesempatan, FF update lagi dan masukkan gambar-gambar tu.

Jika datang ke terengganu jangan lupa singgah di sini kerana ia memang kawasan strategik dan terletak berhampiran dengan pasar Payang dan pulau Warisan.


Pintu gerbang

Pintu gerbang Chinatown waktu malam

Pintu gerbang

Pintu gerbang waktu siang

Tokong

Tokong Ho Ann Kiong, tokong tertua di Terengganu yang dibina pada tahun 1801 oleh komuniti Hokkien. 80% terpaksa terpaksa dibina semula kerana terbakar pada 22 Februari 2010 yang lalu.

Bangunan tradisional

Antara bangunan disini waktu malam yang disinari tanglung

Bangunan tradisional

Keunikan senireka bangunan

Lorong Kenangan Payang

Lorong Kenangan Payang atau Memory Lane

I love penyu

I Love Penyu

Penyu

Replika penyu yang diletakkan

Fahmi dan Penyu

Kesian penyu tuuu..

Lorong Penyu

Lorong Penyu waktu malam

Lorong Penyu

Antara yang ditampal.

Cerita bergambar

Sepanjang Lorong Penyu dipenuhi dengan board cerita bergambar tentang penyu.

Lorong Penyu






No comments:

Post a Comment