Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Friday 12 April 2013

Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu


Tempat menarik kali ni ialah Pantai Teluk Ketapang. Pantai ni terletak di kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu. Seberang Takir sememangnya sinonim dengan homestaynya, selain terkenal dengan tempat makan seperti 'air buah gelas besar' dan keropok lekor, ia merupakan salah satu perkampungan yang unik.

Kampung Teluk Ketapang cuma terletak 0.5 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang merupakan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Juga terdapat berhampiran kampung ini ialah sebuah stadium kebanggaan rakyat negeri Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan, stadium tertutup dan beberapa gelanggang sukan terbuka. Di sini juga terletak sebuah kem tentera dan Institut Pengajian Tinggi(IPT).

Jika ke sini tidak sah rasanya jika tidak singgah ke pantai Teluk Ketapang. Pada waktu petang pantai ni memang sentiasa penuh dengan pengunjungnya untuk melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini. 

Papan tanda

Papan tanda utama kat pantai tu dah tercabut, papan tanda ni je ada, takpelah kan, janji ada.

Bot tersadai

Bot buruk yang tersadai, tapi cantik la pulak...

Tempat rehat

Wakaf untuk berehat yang disediakan disini, nampak seperti payung.

Dari jauh

Ni permandangan dari jauh

Pesisir pantai

Pantai Teluk Ketapang, tengahari takde orang la

Pokok rhu

Di pesisir pantai ni penuh dengan pokok rhu je, boleh nampak dimana-mana je.

Jalan pantai

Kiri kanan jalan pantai yang ditanam pokok rhu.

Tambak

Pantai yang ditambak dengan batu, menjadi tempat kesukaan kaki pancing.

Langit membiru

Memang cantik dengan suasana langit yang membiru.

Budak-budak

Budak-budak yang 'berkeliaran'...anak sape la ni....

Pengunjung

Waktu petang begini memang ramai la pengunjung yang datang kat sini.

Cengkerang

Kat sini penuh dengan kulit cenkerang ni je, ramai jugak FF tengok pengunjung yang kutip, nak letak dalam akuarium kot.




No comments:

Post a Comment