Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Monday, 1 April 2013

Asal Usul Nama Terengganu

Asal usul nama Terengganu itu tidak dapat diketahui dengan jelas. Terlalu banyak teori asal usul ‘Terengganu’ni. Sebenarnya tiada teori sahih yang dapat mengesahkannya, ia berjalan dengan sendiri mengikut masa dan peredaran secara lisan mahupun tidak lisan. Kat sini terdapat beberapa teori yang FF jumpa tentang asal usul nama negeri kesayangan FF ni.

Terdapat Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan ‘Taring Anu’ sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) namun teori ini dilihat tidak begitu kuat kerana jarak masa di antara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun. Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 Masehi. Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang. Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu(Raja Mandalika).

Batu Bersurat

Inilah Batu Bersurat yang FF google je pasal kat dalam bahagian utama Muzium Negeri Terengganu(diletakkan disitu sekarang) tak dibenarkan bawa masuk kamera atau ambik gambar.


Batu Bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah 'Terenkanu' dan di atas duit Timah (Pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya 'Terkanu'. Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai ‘Terenjanu’. Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis ‘Terianggano’. Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".

Teori lain yang mengatakan asal usul nama Terengganu ini berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata 'terangnya genu' atau maksud lainnya 'terang sampai ke sana'.

Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, oleh kerana saiz taring yang luar biasa besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai 'Taring anu', sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai 'Sungai Taring Anu'.

Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan ‘Taring Anu’ mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di Sungai Terengganu Mati, namun teori ini ditolak kerana Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.

So macam mana, rasa-rasa mana satu yew asal usul nama Terengganu ni , korang pilih la sendiri yew mana yang berkenan dihati hihihi…..

No comments:

Post a Comment