Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Saturday 6 April 2013

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Jika sampai di Masjid Tengku Tengah Zaharah(Masjid Terapung), pasti kita tak perlu bersusah payah untuk mencari taman liburan lain kerana disini terdapat taman awam dan rekreasi yang dikenali sebagai "Taman Awam Lagun Kuala Ibai". Kawasan ini merupakan teluk sungai Ibai dan mempunyai beberapa aliran sungai berhampiran kerana itu kawasan ini memang kawasan utama untuk kaki pancing. Malah kita akan ternampak bot-bot nelayan tersadai disini. Untuk mencari lokasi ni tak susah kerana ia terletak berhampiran kawasan masjid terapung yang sememangnya terkenal tu, jadi ikut je papan tanda ke masjid Terapung tu ataupun cuba tengok balik artikel FF ni. http://ffterengganu.blogspot.com/2013/04/masjid-tengku-tengah-zaharah-masjid.html

Pada waktu lewat petang memang kawasan ini akan dipenuhi dengan orang ramai untuk belbagai aktiviti terutamanya kanak-kanak yang mandi-manda kerana kawasan ini kurang berbahaya, lebih-lebih lagi apabila air sungai ini surut hinggakan boleh nampak pasir yang timbul tengah-tengah sungai dan membolehkan kita menyeberangi ke sebelah.

Cuma kawasan ini berlaku mendapan pasir dan hakisan yang akibat daripada banjir yang teruk melanda Terengganu baru-baru ini hinggakan kawasan ini menjadi semakin cetek dan dipenuhi sampah-sarap yang hanyut, walau bagaimanapun tempat ni tetap menjadi salah satu tempat terbaik untuk bersantai bersama keluarga atau orang tersayang di Kuala Terengganu ni, dan sememangnya menjadi salah satu tempat yang FF selalu datang.


Pintu Gerbang

Pintu masuk ke Taman Awam Lagun Kuala Ibai, bersebelahan je dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah(masjid terapung) ni.

Kawasan lapang

Kawasan lapang untuk menikmati keindahan Masjid Terapung terutama waktu matahari terbenam.

Restoran

Restoran Puteri di tepi sungai Ibai yang terletak bersebelahan dengan Masjid Terapung.

Pokok lalang

Pokok lalang.. hihihi tapi nak tunjuk tasik tu..salah satu tempat kegemaran kaki pancing.

Taman Permainan

Taman awam yang disediakan taman permainan dan tempat rehat.

Pengunjung

Nampak tak ramai orang bawah pokok tu, tapi ni awal lagi...lewat petang lagi ramai.

Kanak-kanak dan bot

Bot yang tersadai dan kanak-kanak kegirangan bermain air, 'sukanya die'.

Aktiviti

Bermain layang-layang pun ada, tapi kawasan ni kurang berangin la dik.

Kuala sungai

Keindahan alam ciptaan Tuhan....

Lagun Chendering

Kat seberang sana tu la Lagun Chendering.

Teluk

Teluk Ibai, aliran sungai yang mengalir ke laut

Muara sungai Ibai

Kat belah ni orang takde la sebab dah kat muara

Pokok rhu

Banyak pokok-pokok rhu je kat situ, dah macam hutan rhu pulak.





1 comment: